PAP ambil serius tadbir urus negara
DPM Heng, Chun Sing: Parti turut sampaikan dasar pertingkat kehidupan rakyat
Jul 28, 2019 | 05:30 AM
PARTI Tindakan Rakyat (PAP) mengambil serius ehwal tadbir urus negara ini dan terus menyampaikan dasar yang meningkatkan kehidupan rakyat, kata pemimpin generasi keempat (4G) parti itu semalam.
Pemimpin parti pemerintah itu berkata kemasukan sebuah parti politik baru juga tidak akan mengalihkan perhatian parti tersebut sedang ia berusaha membantu warga mengharungi masa mencabar dalam ketidaktentuan ekonomi sekarang.