Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAP dan PPP dijangka bertarung di GRC Chua Chu Kang

Sep 01, 2015 | 12:03 PM



PERTARUNGAN di GRC Chua Chu Kang dijangka melihat Parti Tindakan Rakyat (PAP) menentang Parti Kuasa Rakyat (PPP) dalam pilihan raya umum 11 September ini.


Calon PAP yang akan mempertahankan GRC Chua Chu Kang ialah Menteri Kesihatan Encik Gan Kim Yong, 56 tahun; Setiausaha Parlimen (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Pembangunan Sosial dan Keluarga) Cik Low Yen Ling, 41 tahun; Encik Zaqy Mohamad, 40 tahun; dan muka baru, Encik Yee Chia Hsing, 44 tahun.


Pasukan PPP yang akan bertanding ialah Encik Goh Meng Seng; 45 tahun, Encik Syafarin Sarif; 39 tahun; Encik Lee Tze Shih; 42 tahun dan Cik Low Wai Choo; 55 tahun.


Sementara itu, kawasan undi perseorangan (SMC) Hong Kah North dijangka melihat persaingan antara Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan) Dr Amy Khor; 57 tahun dan Encik Ravi Philemon; 47 tahun daripada Parti Rakyat Singapura (SPP).


SMC Pioneer pula akan dipertahankan Encik Cedric Foo, 55 tahun daripada PAP, yang dijangka menentang Encik Elvin Ong Beng Soon, Elvin, 37 tahun, daripada Parti Perpaduan Nasional (NSP).


Calon-calon bagi GRC Chua Chu Kang, SMC Hong Kah North dan SMC Pioneer akan disahkan di pusat penamaan calon yang diadakan di Sekolah Rendah Chua Chu Kang hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >