Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAP dicabar 3 parti berlainan di Nee Soon, Marsiling-Yew Tee dan Sembawang

NORMAN SAWI
Sep 01, 2015 | 04:49 PM



PASUKAN Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Nee Soon, Marsiling-Yew Tee dan Sembawang akan dicabar oleh tiga parti pembangkang yang berlainan.


Di GRC Nee Soon, PAP pimpinan Menteri Ehwal Luar K. Shanmugam akan dicabar Parti Pekerja (WP) diketuai Encik Kenneth Foo.


Pasukan PAP itu turut dianggotai Setiausaha Parlimen (Pengangkutan merangkap Kesihatan) Dr Muhammad Faishal Ibrahim.


Di GRC Marsiling-Yew Tee pula, PAP yang diketuai bersama Speaker Parlimen Halimah Yacob dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Lawrence Wong, akan ditentang pasukan SDP yang diterajui Encik Sadasivam Veriyah.


Pasukan SDP turut dianggotai calon Melayu Encik Damanhuri Abas.


Sementara itu, PAP akan menentang Parti Perpaduan Nasional (NSP) di GRC Sembawang.


Pasukan PAP dipimpin Menteri Pembangunan Negara Khaw Boon Wan, dengan calon Melayunya adalah Encik Amrin Amin


NSP pula diketuai Encik Spencer Ng di GRC itu.


Proses penamaan calon yang bermula sekitar 11 pagi dijalankan di Sekolah Rendah Yishun berlangsung lancar tanpa sebarang kegenjotan.


Ini walaupun beberapa wakil SDP dilihat meneliti penuh minat dokumen-dokumn pasukan PAP yang ditampal di papan tanda bagi GRC Marsiling-Yew Tee.


Tempoh proses penamaan calon berakhir pada 12 tengah hari dengan tiada sebarang perubahan dibuat sehingga tamat tempoh rayuan pada 12.30 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >