PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah mengenal pasti beberapa calon Melayu bagi pilihan raya umum akan datang, kata Penolong Setiausaha Agung Kedua parti itu, Encik Chan Chun Sing.
Menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM) mengenai calon-calon Melayu PAP yang baru, Encik Chan berkata proses mendapatkan calon itu berjalan dengan "amat baik", dengan calon-calon itu berasal daripada latar belakang berbeza.