PARTI Tindakan Rakyat (PAP) akan terus berusaha memperkukuh semangat kemasyarakatan dalam kalangan penduduk Singapura dan menyediakan peluang kepada mereka, di samping memberi tumpuan pada pembangunan dan kemudahan serta program di estet kejiranan.
Itulah antara isu utama yang diketengahkan parti tersebut dalam siaran politik bagi kawasan undi di televisyen malam tadi.