TIADA muka baru bagi pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC West Coast sedang ia memperkenalkan calonnya bagi pilihan raya umum akan datang.
Kecuali Encik Patrick Tay yang berpindah dari GRC Nee Soon, tiga lagi Anggota Parlimen (AP) yang akan kembali bertanding di GRC empat anggota itu adalah Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Lim Hng Kiang; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik S. Iswaran; dan Cik Foo Mee Har.
Ini diumumkan dalam satu sidang media di pusat makan Boon Lay dekat Boon Lay Place pagi tadi.
GRC West Coast menjadi kawasan undi empat AP, daripada lima AP, selepas semakan sempadan kawasan undi terbaru.
Encik Tay menggantikan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong.
Seorang lagi AP GRC West Coast, Encik Arthur Fong, sudah pun mengumumkan akan mengundur diri.
Sementara itu, Encik Cedric Foo akan terus mempertahankan kawasan undinya di SMC Pioneer.