Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

PAP perkenal empat lagi calon, termasuk seorang karyawan Melayu

Jun 25, 2020 | 12:32 PM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) hari ini memperkenalkan empat lagi calon baru setelah lapan yang ditampilkan semalam.


Mereka ialah:


- Encik Tan Kiat How, 43 tahun, mantan ketua eksekutif, Penguasa Pembangunan Media Infocomm


- Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, 39 tahun, rakan kongsi di firma guaman Dentons Rodyk dan Davidson LLP


- Dr Tan See Leng, 55 tahun, penasihat korporat Temasek Holdings dan penasihat DBS Bank


- Cik Ng Ling Ling, 48 tahun, mantan ketua penjagaan asas masa depan dan pengarah pendampingan masyarakat di Pejabat Kementerian Kesihatan untuk Transformasi Penjagaan Kesihatan


Sesi sidang media ketiga PAP ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga Penolong Setiausaha Agung Pertama PAP, Encik Heng Swee Kiat.


Pada sesi di ibu pejabat PAP itu, Encik Heng menyatakan bahawa pemilihan calon-calon PAP adalah "proses berterusan" dan antara perkara yang diperhatikan oleh parti pemerintah itu ialah kesediaan calon untuk berkhidmat, rekod prestasi, dan kemampuan dan pengalaman mereka.


Semasa sesi soal-jawab dengan wartawan, Dr Tan berkata jika terpilih, beliau ingin membantu syarikat perniagaan kecil dan syarikat baru mendapatkan kemudahan pelbagai skim pembiayaan yang ada, katanya.


Cik Ng pula menyatakan, tumpuannya adalah pada penjagaan kesihatan dan khidmat masyarakat, terutama untuk golongan muda. Beliau berkata, dengan meningkatnya tindakan membuli di alam maya, ada keperluan bagi mereka untuk memahami bahawa tidak ada stigma untuk memperkatakan tentangnya, dan ia merupakan masalah yang masyarakat perlu tangani.


Encik Zhulkarnain berkata, beliau ingin dasar yang meningkatkan hubungan dan jalinan manusia.


"Kita perlu menanamkan idea tentang kemanusiaan ini dalam dasar kita lagi dan memastikan dasar kita berkembang dari situ," katanya.


Bagi Encik Tan pula, krisis Covid-19 adalah peluang satu generasi untuk mengubah Singapura. Beliau ingin "memberi tumpuan kepada isu-isu termasuk digitalisasi bagi membantu mewujudkan lebih banyak peluang untuk pekerja dan perniagaan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >