Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

PAP perlu pelapis baru yang berjuang bagi rakyat, masa depan SG: PM Lee

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PAP perlu pelapis baru yang berjuang bagi rakyat, masa depan SG: PM Lee

Jul 13, 2022 | 05:30 AM

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan terus memerlukan generasi baru untuk tampil ke arena politik, dan berjuang untuk menyokong warga Singapura serta masa depan negara ini.

Mereka juga harus menampilkan pasukan terbaik dalam Pilihan Raya (GE) mendatang, katanya di Majlis Makan Malam Penghargaan Pos GE 2020 semalam.

Encik Lee, yang juga Setiausaha Agung parti itu, berkata PAP antara lain memerlukan mereka yang berintegriti, berkomitmen dan berkemampuan selain keazaman menghadapi cabaran politik serta keinginan menjadikan Singapura yang lebih baik.

Bahkan, parti juga inginkan mereka yang mempunyai pelbagai pengalaman dan latar belakang.

"Sesetengah orang berfikir bahawa memandangkan semua Anggota Parlimen (AP) PAP memakai seragam putih, mereka juga mempunyai idea dan perspektif yang serupa.

"Ini pandangan yang agak silap.

"Malah kami lakukan yang terbaik untuk ketengahkan pasukan yang berbilang, dan memastikan setiap AP membawa sesuatu yang berbeza. Perspektif yang berbeza akan menjadikan dasar kami lebih menyeluruh dan kukuh," katanya.

Beliau berkata setiap seorang AP melambangkan aspirasi dan keprihatinan segmen yang berbeza dalam masyarakat berbilang.

Perspektif yang pelbagai ini, tambah Encik Lee, menjadikan dasar negara ini lebih menyeluruh dan teguh.

"PAP perlu kekalkan kepelbagaian dalam pasukannya, memastikan parti itu mempunyai pasukan yang luas, dan ketengahkan pasukan sebaik mungkin dalam GE akan datang, dengan usaha itu kini sedang berjalan dengan baik,'' katanya lagi.

PM Lee sebelum ini menyatakan tarikh GE selanjutnya perlu diadakan menjelang November 2025.

Beliau akan menyerahkan jawatan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, apabila bakal penggantinya itu sudah bersedia.

Di majlis itu, Encik Lee menyampaikan penghargaannya terhadap sumbangan dan khidmat dedikasi kepada 20 AP yang telah bersara semasa GE 2020.

Antara mereka termasuk Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong; mantan Timbalan Speaker Parlimen, Encik Charles Chong; serta mantan para Menteri Kabinet seperti Encik Khaw Boon Wan; Encik Lim Hng Kiang; Encik Lim Swee Say; dan Dr Yaacob Ibrahim.

Majlis itu juga sebagai ucapan terima kasih kepada para AP masa kini serta pengerusi cawangan di atas kerja keras serta dedikasi mereka menyumbang kepada Singapura dan rakyat negara ini.

Dalam ucapannya, Encik Lee akur akan perjuangan para AP dan calon-calon AP di atas kerja keras mereka semasa GE lalu.

Beliau memetik perjuangan menentang Covid-19 sepanjang dua setengah tahun yang lalu.

Encik Lee berkata perjuangan tersebut belum berakhir, namun Singapura telah mencapai banyak kemajuan.

"Secara keseluruhannya, Singapura tidak begitu teruk.

"Kita telah melindungi nyawa dan mata pencarian ramai rakyat Singapura.

"Faktor utamanya adalah kepercayaan kukuh antara rakyat Singapura dengan pemerintah pimpinan PAP, dan lebih luas lagi kepercayaan di peringkat masyarakat," jelasnya.

Beliau menambah bahawa kepercayaan tersebut bukan sesuatu yang terjalin hanya semasa pandemik melanda.

"Ia hasil kerja keras dan hubungan yang terjalin sejak berdekad lamanya, oleh generasi pemimpin PAP dan AP serta para pengundi yang menyokong kami dan apa yang ditegakkan parti ini.

"Ini membantu PAP meraih mandat para pengundi dan menyumbang kepada Singapura, terutamanya semasa krisis," katanya.

Encik Lee turut menyampaikan surat selamat tinggal dan cenderahati kenangan kepada para AP yang bersara di acara tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3