Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAP umum barisan calon pasukan PM Lee di Ang Mo Kio

Lee Hong Chuang calon PAP di Hougang; Lam Pin Min pertahankan Sengkang West
Aug 15, 2015 | 01:26 PM



TIMBALAN Pengarah Politeknik Temasek Darryl David dan pakar bedah Koh Poh Koon akan menyertai pasukan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di GRC Ang Mo Kio dalam pilihan raya akan datang.


Kededua calon itu diperkenalkan bersama calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi SMC Hougang, pengurus IT Lee Hong Chuang, dalam satu sidang media sebentar tadi.


Encik David, 44 tahun dan Dr Koh, 43 tahun, akan menyertai Anggota Parlimen (AP) lain GRC Ang Mo Kio, Dr Intan Azura Mokhtar dan Encik Ang Hin Kee dalam pasukan PM Lee itu.


Encik Gan Thiam Poh juga akan menyertai pasukan tersebut selepas kawasan undinya di GRC Pasir Ris-Punggol telah digabungkan dengan GRC Ang Mo Kio.


Dr Lam Pin Min pula akan mempertahankan kerusi SMC-nya di Sengkang West dalam pilihan raya itu.


Encik David mungkin dikenali ramai sebagai personaliti televisyen dalam rancangan The Pyramid Game yang dihoskannya dalam tahun-tahun 1990-an.


Beliau menyertai Politeknik Temasek pada 2001. 


Dr Koh pula pernah bertanding dalam pilihan raya kecil Punggol East tetapi tewas kepada Parti Pekerja Lee Li Lian.


Muka baru GRC Ang Mo Kio itu menggantikan AP veteran Seng Hen Thong dan Inderjit Singh.


Manakala calon PAP bagi Hougang, Encik Lee, 45 tahun, merupakan pengurus kanan IT di syarikat IBM


Beliau adalah pengerusi cawangan PAP di Hougang dan merupakan pengurus pasukan pasukan gimnastik nasional. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >