Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Papa Rock, Kak Gerl dan Aisyah Aziz kongsi pentas NDP. Berapa ramai bintang setempat yang anda kenal dalam video Hari Kebangsaan 2019?

Sambutan juga akan diadakan di lima estet perumahan awam termasuk di Geylang Serai
May 23, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA Kita.



Itulah tema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini yang akan diadakan di Padang pada 9 Ogos nanti.



Tema tersebut menonjolkan pemilikan bersama semua warga terhadap negara ini dan masa depannya.



Selain itu, tema tersebut dianggap sesuai sempena sambutan Bicentennial atau memperingati ulang tahun ke-200 negara ini.



Ia juga sebagai penyeru agar semua warga datang bersama dan menjadi perintis masa hadapan negara.



Berkongsi lebih lanjut tentang tema NDP tahun ini, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2019, Brigedier Jeneral (BG) Yew Chee Leung, berkata:



"Ia merupakan tema yang mudah difahami dan... membolehkan kita memberitahu kisah Singapura kita dari masa dulu sehingga sekarang, selain membolehkan kita melihat ke hadapan bersama.



"Kami mahu menekankan pemilikan bersama Singapura seperti mana generasi awal percaya terhadap negara ini... (dan) bertungkus-lumus membina Singapura menjadi apa yang kita ada sekarang."



Selain tema, logo, lagu dan konsep pertunjukan tahun ini juga telah didedahkan.





Logo NDP tahun ini memaparkan singa, bulan sabit, lima bintang dan perkataan 'OUR Singapore NDP 2019'.



Singa adalah simbolik dengan nama 'Singapura', yang kali pertama diberikan Sang Nila Utama 700 tahun lalu kepada pulau ini.



Bulan sabit dan lima bintang pula merupakan unsur-unsur yang terdapat pada bendera Singapura.



Dalam pada itu, menambah kepada signifikan tersebut ialah tahun ini melambangkan ulang tahun ke-60 sejak bendera nasional diperkenal buat kali pertama di Padang pada 1959.



Menjelaskan lebih lanjut, BG Yew berkata sambutan NDP 2019 tahun ini akan mempunyai konsep pertunjukan bersepadu yang terdiri daripada enam babak berkisarkan tema 'Singapura Kita'.



Antara yang menarik diadakan tahun ini termasuk penglibatan Kontingen Kor Sukarelawan daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team yang diadakan buat julung kalinya semasa segmen Perbarisan dan Upacara (P&C).



Juga membuat penampilannya yang pertama tahun ini ialah Kenderaan Tanker Pelbagai Fungsi (Multi-Role Tanker Transport) milik Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang akan terlibat sama dalam pertunjukan udara.



Sementara itu, Perarakan Kenderaan tahun ini bakal menampilkan aset baru seperti Kenderaan Pertempuran Berperisai Generasi Selanjutnya (Next-Generation Armoured Fighting Vehicle).



Selain itu, dalam segmen khas berjudul 'Bicentennial Kita', badan-badan daripada tahun 1800-an yang telah menyumbang kepada pembangunan pelbagai aspek Singapura akan diketengahkan.



Bagi melibatkan lebih ramai warga Singapura, Sambutan Hari Kebangsaan Di Kawasan Perumahan Awam juga akan dianjurkan pada 10 Ogos dengan karnival serta perarakan kenderaan diadakan di lima estet - Jurong East, Woodlands, Bishan, Punggol dan Geylang Serai.



Sementara itu, lagu tema NDP 2019 turut didedahkan kepada orang ramai.



Lagu tema tahun ini merupakan mesh-up beberapa lagu terkemuka daripada tahun-tahun lalu seperti 'We Will Get There' dan 'Our Singapore'.



Ia dinyanyikan 27 artis merentasi pelbagai generasi termasuk Ramli Sarip, Rahimah Rahim, Sheikh Haikel, Dick Lee, Charlie Lim, Tracy Huang dan Yung Raja.



Video muzik bagi lagu tema tahun ini juga telah disiarkan.



"Saya rasa muzik tahun ini sangat epik, menyentuh jiwa dan mempunyai penyanyi dan rapper merentasi generasi berbeza.



"Apa yang berbeza tahun ini ialah pengiktirafan generasi-generasi berbeza dan peranan serta sumbangan mereka," ujar Dr Sydney Tan, Pengarah Muzik NDP 2019.




"Ia merupakan tema yang mudah difahami dan... membolehkan kita memberitahu kisah Singapura kita dari masa dulu sehingga sekarang, selain membolehkan kita melihat ke hadapan bersama.

Kami mahu menekankan pemilikan bersama Singapura seperti mana generasi awal percaya terhadap negara ini... (dan) bertungkus-lumus membina Singapura menjadi apa yang kita ada sekarang."

- Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2019, Brigedier Jeneral (BG) Yew Chee Leung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >