Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: IKON MASYARAKAT

Papa Rok cipta Rasa di sebalik pandemik

Beranikan diri orak langkah lahirkan album sedang dunia muzik 'tertekan'; temui 'sentuhan baru' usahakan album di tanah air sendiri
Oct 09, 2021 | 05:30 AM



SEDANG dunia muzik tertekan dek pandemik Covid-19 yang meletakkan sekatan kepada persembahan dan acara live atau secara langsung, legenda muzik tanah air, Datuk Ramli Sarip, mengorak langkah berani dengan melancarkan album penuh baru-baru ini.



Namun, meskipun akur bahawa langkah itu mengundang keresahan dalam jiwanya, penghibur veteran berusia 69 tahun itu berkata keputusan tersebut telah menyedarkan beliau mengenai perkara-perkara yang tidak pernah difikirkannya.



"Wabak pandemik Covid-19 masih melanda. Artis, pemuzik dan pekerja di belakang tabir hilang pekerjaan dalam sekelip mata pada awal tahun lalu," kata beliau, wajahnya berkerut mencerminkan pengalaman panjangnya dalam dunia muzik serantau.



"Jadi saya amat mengharapkan, di sini bermulalah perjalanan seni dalam norma baru," kata beliau.



Album yang diberi nama Rasa dan memuatkan 10 buah lagu itu juga merupakan album pertama yang dihasilkan sepenuhnya di Singapura selepas album Bukan Kerana Nama di bawah naungan Warner Music Singapore pada tahun 1986.



Tujuh daripada lagu-lagu dalam album tersebut juga telah dihasilkan di Singapura dengan penglibatan pemuzik tanah air seperti Addy Rasidi, Din Safari, Bani Hidir dan Riduan Jalani.



"Rupanya magic (keajaiban) dan rezeki saya di Singapura... jika selama ini saya hanya membuat rakaman di Kuala Lumpur, suasananya melahirkan album di tanah air sendiri amat berbeza," ujar Ramli, matanya memancarkan cahaya keghairahan.



"Di sini, saya mendapat satu benda yang baru, maklum balas yang baru, sentuhan baru.



"Saya rasa amat berterima kasih kepada pemuzik Singapura yang meski muda tetapi mereka berwawasan, berfikiran terbuka dan mempunyai pengalaman yang cukup luas.



"Mereka mempunyai nilai kreativiti dan artistik yang kuat dan apabila saya lontarkan sesuatu idea, idea itu berkembang menjadi seribu macam ilham," ujarnya memuji kebolehan pemuzik tanah air.



Bercerita lebih lanjut mengenai album yang diterbitkan syarikat beliau sendiri, Rasa Karya Sdn Bhd, dalam podcast #NoTapis terbitan Berita Harian (BH), Ramli menjelaskan daripada 10 lagu yang dihasilkan dalam album tersebut, tiga telah disiapkan lebih awal semasa beliau masih di Kuala Lumpur.



Ini termasuk Srikandi Zaman, Sentosa di Kubah Hayat - yang mengisahkan tentang keadaan di Palestin dan Surat Cinta Kuala Lumpur yang juga lagu tema pelancaran untuk acara Kota Buku Dunia Kuala Lumpur 2020.



Malangnya, beliau tidak dapat membuat persembahan lagu itu secara langsung kerana sudah pun pulang ke Singapura apabila pandemik mula menular tahun lalu.



Mengulas lebih lanjut, Ramli berkata album Rasa itu menyusur perjalanan muzik beliau yang disampaikan dengan penyatuan rasa di antara paduan elemen muzik folk dan blues, rok dan pop bernuansakan alam Nusantara Melayu.



Menurut beliau, perjalanan muzik beliau sejak sekitar lima dekad lalu itu mencerminkan juga perkembangan beliau sebagai insan dan juga perubahan cita rasa peminatnya.



Ini dicerminkan menerusi lagu-lagu beliau, termasuk Srikandi Zaman:



"Ketika Baginda berduka

Kau selimuti dengan kedamaian

Kau serahkan seluruh jiwa

Ketika mereka mendustakan



Salam dari syurga

Tuhanmu merahmati

Kaulah pelita hati

Kaulah srikandi"



Lirik dengan makna yang mendalam dan disulam ciri-ciri kerohanian tu adalah keunikan album terbaru Ramli, yang kaya dengan nilai-nilai kerohanian dan ke-Tuhanan.



Srikandi Zaman contohnya mengisahkan tentang empat wanita agung dengan antaranya Sayidatina Khadijah Khuwallid ra.



"Mengapa empat orang wanita ini dipilih? Itulah kehebatan mereka yang ingin kita ketengahkan.



"Kita ingin tingkatkan kesedaran. Mungkin ada yang tahu tentang mereka tetapi ada juga remaja yang tidak tahu siapa mereka, apa kehebatan mereka, keistimewaan mereka dan pengorbanan mereka," ujarnya, sambil menjelaskan lagu itu ditulis penulis lirik tersohor Singapura, Hartinah Ahmad.



Lagi Srikandi Zaman dan lain-lain dalam album Rasa penuh dengan metafora dan makna yang bersesuaian dengan jiwa peminatnya, kata Ramli.



"Bila kadang-kadang kita sudah berumur, peminat-peminat kita pun sudah mula mencari sesuatu yang lain, lebih ke arah kerohanian. Justeru penting untuk saya kongsikan perkara itu," ujarnya.



Lantaran itu, sedang ramai penyanyi sekarang lebih memilih untuk sekadar menghasilkan single atau menangguhkan hasrat menghasilkan lagu mentelah lagi dengan pandemik yang melanda dunia sekarang, Ramli sebaliknya berani mengorak langkah dan melakukan sebaliknya.



"Apabila dapat menerbitkan album penuh dengan 10 lagu, ia memberikan satu kepuasan berbeza. Mencipta hala tuju dan merekacipta konsep sangat menarik.



"Ia seperti mengimbau era penerbitan album bersama Sweet Charity. Setiap album ada warna, karakter dan semangatnya yang tersendiri," katanya.



Meskipun demikian, menghasilkan album di tengah-tengah pandemik bukan sesuatu yang mudah kerana beliau perlu memastikan langkah-langkah pengurusan selamat terjaga selain pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi.



Namun, dengan nada positif, Ramli yang sudah lama menyelami asam garam dunia seni berkata:



"Anggaplah ini satu ujian daripada Illahi. Hidup harus terus hidup. Ini yang terbaik untuk saya. Ada rasa dan perasaan untuk menerbitkan lagu, album sendiri.



"Pendek kata, dengan adanya album ini, ia bak hilang gelap, terbit terang."



Bagi mereka yang ingin mendengar hasil karya Rasa, anda boleh mendapatkannya di Wardah Music Shop di Bussorah Street.




MENGENAI KERJASAMA DENGAN BAKAT-BAKAT SETEMPAT DALAM MENGHASILKAN ALBUM TERBARU INI



"Rupanya magic (keajaiban) dan rezeki saya di Singapura... jika selama ini saya hanya membuat rakaman di Kuala Lumpur, suasananya melahirkan album di tanah air sendiri amat berbeza... Di sini, saya mendapat satu benda yang baru, maklum balas yang baru, sentuhan baru. Saya rasa amat berterima kasih kepada pemuzik Singapura yang meski muda tetapi mereka berwawasan, berfikiran terbuka dan mempunyai pengalaman yang cukup luas."
- Papa Rok Ramli Sarip.




Luahan 'rasa' Ramli Sarip di podcast #NoTapis



IKUTI luahan 'Rasa' Datuk Ramli Sarip mengenai album terbarunya dan perjalanan seni legenda yang mendapat gelaran Papa Rok ini dalam podcast #NoTapis terbitan Berita Harian.



Podcast #NoTapis boleh diikuti di laman web www.BeritaHarian.sg atau menerusi aplikasi Spotify serta Apple dan Google Podcast.



Atau imbas sahaja kod QR berikut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >