Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

Papan beroda jadi teman harian

Jan 04, 2017 | 05:30 AM

PAPAN kayu beroda menjadi teman harian Encik Noor Dol sejak sekian lama. Ke sana ke mari beliau bergerak menggunakan papan tersebut, yang didudukinya dan digerakkan menggunakan tangannya.

Ini kerana Encik Noor, 70 tahun, hilang kebolehan menggunakan kakinya untuk berjalan sejak demam panas menyerangnya ketika beliau berusia enam bulan. Kededua tangannya juga lemah. "Arwah mak dulu pernah cerita, tatkala saya diserang demam itu, sekujur badan saya menjadi kaku. Saya hanya dapat kelip mata sahaja," ujar Encik Noor. Anggota badannya yang lain lemah. Oleh itu, Encik Noor terpaksa mengengsot dan merangkak untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Akibatnya, kulit lututnya menjadi tebal dan tempurung lututnya berair menyebabkan ia bengkak. Begitulah keperitan yang terpaksa dilalui beliau sehingga berusia belasan tahun. Kini, walaupun sudah menggunakan papan kayu beroda, pergerakan Encik Noor tetap terbatas. Susah untuknya berulang-alik ke pertemuan doktor di Hospital Besar Changi bagi merawat pelbagai jenis penyakit yang dihidapnya. Mujur, beliau mendapatkan bantuan daripada Persatuan Palang Merah Singapura (SRCS) dan dibantu sukarelawan seperti Cik Bibi Jahan Peer Mohammad (kanan).

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >