Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Papan notis pupuk sifat perpaduan antara penduduk di Yishun

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN negara telah dilanda krisis Covid-19, ia tidak seharusnya menyekat warga Singapura daripada memupuk sifat perpaduan dan keprihatinan dalam masyarakat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dr Faishal, yang juga penasihat akar umbi GRC Nee Soon, pada pagi semalam berada di Blok 745 Yishun Street 72 untuk menulis ucapan terima kasih atas sifat perpaduan dan kerjasama penduduk di blok itu dalam usaha mengekang penularan koronavirus di tengah-tengah lonjakan kes Covid-19 di sini.



Penduduk di blok tersebut dikehendaki menjalani latihan ujian swab pada 1 hingga 2 Jun lalu setelah beberapa kes positif bagi Covid-19 telah dikesan di sana.



"Meskipun Covid-19 adalah krisis yang sedang kita hadapi, tetapi ia juga membolehkan kita untuk meningkatkan tahap keprihatinan kita dan membangunkan Singapura sebagai masyarakat yang inklusif dan prihatin.



"Di tengah-tengah pandemik, ia sangat penting untuk membawa masyarakat bersatu dan saya gembira penduduk Yishun bertindak secara sedemikian," tambah Dr Faishal.



Di bawah inisiatif yang dipanggil "Papan Notis Terima Kasih" atau 'Thank You Board', penduduk di Blok 745 dan blok-blok berhampiran boleh datang untuk menampal nota ucapan terima kasih dan kata-kata semangat mereka di papan notis yang disediakan.



Beberapa papan notis itu diletakkan di kolong Blok 745.



Idea tersebut dicetuskan oleh penduduk di Blok 126 Yishun Street 11, Cik Jaslyne Chia, yang mahu meluahkan penghargaannya kepada penduduk di Blok 745 kerana menjalani ujian swab demi melindungi masyarakat di sekeliling.



Cik Chia, 42 tahun, meraih inspirasi daripada seorang teman yang berkongsi kisah mengenai anaknya yang berkeperluan khas dan cabaran mereka perlu menjalani ujian swab di blok terjejas oleh Covid-19 di Hougang.



Cik Chia adalah ibu kepada seorang anak lelaki yang mempunyai autisme.



"Saya mahu mereka (penduduk Blok 745) tahu bahawa mereka tidak bersendirian. Sekiranya mereka rasa bimbang, kami bersedia untuk membantu," kata guru di sekolah menangah itu.



"Ini adalah kawasan di mana saya berjalan setiap hari. Ia benar-benar komuniti saya."



Antara penduduk yang mencatit nota di "Papan Notis Terima Kasih" ialah penduduk Blok 745, Encik Muhammad Haziq, 19 tahun.



"Saya gembira bahawa ramai penduduk turun untuk melakukan ujian swab mereka. Jadi, sekarang jika saya ingin keluar rumah, saya tidak rasa takut sebab saya tahu penduduk di sini telah melakukan ujian mereka," kata pelajar itu.




"Meskipun Covid-19 adalah krisis yang sedang kita hadapi, tetapi ia juga membolehkan kita untuk meningkatkan tahap keprihatinan kita dan membangunkan Singapura sebagai masyarakat yang inklusif dan prihatin. Di tengah-tengah pandemik, ia sangat penting untuk membawa masyarakat bersatu dan saya gembira penduduk Yishun bertindak secara sedemikian."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




"Saya mahu mereka (penduduk Blok 745) tahu bahawa mereka tidak bersendirian. Sekiranya mereka rasa bimbang, kami bersedia untuk membantu."
- Cik Jaslyne Chia, penduduk Blok 126 Yishun Street 11.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >