SEJARAH dan perkembangan kuda dirai melalui paparan interaktif setem dalam pameran Horses for Courses di Muzium Filatelik Singapura yang bermula kelmarin sempena Tahun Baru Cina.
Pameran tersebut dianjurkan sempena tahun baru ini yang dikira sebagai Tahun Kuda dalam zodiak kalendar Cina.