Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Para pelajar NP dalam insiden kencing dikena tindakan disiplin

May 19, 2021 | 05:30 AM

SEKUMPULAN pelajar Politeknik Ngee Ann (NP) yang bertanggungjawab dalam satu insiden mengencingkan pelajar lain, telah dikenakan tindakan disiplin menyusuli satu siasatan.

Dalam satu e-mel yang dihantar kepada para pelajarnya kelmarin, NP berkata siasatan disiplin yang telah dijalankan dari 19 hingga 21 April, mendapati 28 pelajar terlibat dalam insiden tersebut.

Denda yang terdiri daripada Perintah Kerja Pemulihan sehingga penggantungan sekolah telah dikenakan terhadap kesemua 28 pelajar lelaki yang sedang jalani tahun kedua atau ketiga mereka.

Pada 22 Mac, satu klip video yang menunjukkan beberapa pelajar NP mengencingkan dua pelajar lelaki lain yang tidak berbaju dan menyangkung di tandas kampus, tular di media sosial.

Sekolah itu melancarkan satu siasatan pada hari yang sama. NP berkata kesemua aktiviti oleh kesatuan pelajar telah digantung sejak 25 Mac sehingga butiran lanjut.

Dalam pada itu, pelajar yang terlibat dalam insiden ini juga telah didapati melanggar sekatan Covid-19 kerana tidak memakai pelitup atau memastikan jarak selamat antara satu sama lain.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3