Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Paramedik SCDF dilengkapi kamera di badan

Jan 31, 2019 | 04:04 PM



PARAMEDIK Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan dilengkapi dengan kamera di pakaian badan mulai esok (1 Feb), dalam usaha meningkatkan mutu dan keberkesanan khidmat perubatan kecemasan pasukan itu.



SCDF berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa kamera yang dipakai pada badan itu, yang merupakan alat padat yang dipakai di telinga, akan dilancarkan secara progresif kepada semua paramedik menjelang 2020.



Rakaman daripada kamera ini akan digunakan untuk tujuan latihan dan bimbingan, dan membantu SCDF menyempurnakan prosedur perubatannya.



Alat itu juga akan memberi kebertanggungjawaban yang lebih besar ke atas interaksi antara anggota kru ambulan dan pesakit khidmat perubatan kecemasan.



SCDF berkata dalam jangka panjang, ia mahu memasukkan keupayaan aliran langsung ke kamera itu, yang akan membolehkan doktor memberi nasihat perubatan kepada paramedik yang menangani kes, jika perlu.



Bagi menghormati privasi pesakit dalam keadaan tertentu, seperti dalam kes bersalin, paramedik boleh menghentikan rakaman pada alat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >