Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: 13,000 pekerjaan baru di sektor pengangkutan udara dan laut menjelang 2025

Mar 08, 2017 | 02:56 PM



KIRA-KIRA 13,000 pekerjaan baru akan diwujudkan dalam sektor pengangkutan udara dan laut menjelang 2025, sedang Singapura terus berkembang dalam operasi lapangan terbang dan pelabuhan.



Menteri Kanan Negara (Pengangkutan) Josephine Teo mendedahkan demikian di Parlimen pada Rabu.



Kedua-dua sektor kini menyumbang kira-kira 10 peratus kepada hasil dalam negeri kasar (GDP) dan menyediakan hampir 250,000 pekerjaan.



Pekerjaan yang baru terhasil sedang pihak berkuasa lapangan terbang dan pelabuhan memanfaatkan teknologi dan automasi bagi menghadapi kekurangan tenaga kerja.



Tetapi corak pekerjaan akan berubah, kata Cik Teo.



"Inovasi dan penggunaan intensif teknologi akan mengubah cara orang bekerja dan syarikat-syarikat menjalankan perniagaan," ujarnya.



Dalam tempoh 10-15 tahun akan datang, Terminal 5 Lapangan Terbang Changi dan elabuhan baru di Tuas sudah beroperasi, dengan kepayaan mengendalikan dua kali ganda jumlah penumpang dan trafik kontena hari ini.



Pelaksanaan peningkatan teknologi pintar bermakna pekerjaan baru akan menjadi lebih bercorak intensif-pengetahuan.



Di pelabuhan, lebih ramai saintis data dan penganalisis penyelidikan operasi akan diperlukan bagi mengoptimumkan laluan perkapalan, operasi pelabuhan dan pengurusan lalu lintas kapal.



Di lapangan terbang, Changi memerlukan saintis data yang mahir dalam penyelidikan dan analisis operasi trafik udara untuk mengoptimumkan keupayaan landasan dan ruang udara melalui pemodelan dan simulasi, jelasnya.



Teknologi juga akan mengubah pekerjaan sedia ada kepada kemahiran yang lebih tinggi, pekerjaan bernilai tinggi, tambah Cik Teo.



Untuk membuat persediaan, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan menubuhkan Makmal Living MPA dan bekerja dengan rakan kongsi bagi menubuhkan tiga pusat mendalami kemahiran Penyelidikan dan pembangunan (R&D) maritim.



Bagi menyokong transformasi menyeluruh lapangan terbang, pekerja akan berpeluang meningkatkan kemahiran mereka atau dilatih semula untuk mengambil pekerjaan baru.



Dengan persaingan yang semakin sengit dalam kedua-dua sektor, Singapura perlu terus melakukan inovasi supaya kekal di hadapan, kata Cik Teo.



"Sama ada dalam 10, 20 atau 50 tahun, kita masih mahu menjadi hab utama penerbangan dan maritim," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >