Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Parlimen: 3,000 flat sewa sedang dibina, dari 60,000 kini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Parlimen: 3,000 flat sewa sedang dibina, dari 60,000 kini

Aug 06, 2018 | 07:02 PM

TERDAPAT sekitar 60,000 flat sewa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dengan lagi 3,000 unit sedang dibina pada masa ini, dedah Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling. 

Menurutnya HDB akan terus memantau permintaan flat sewa memandangkan lebih ramai penyewa telah menjadi pemilik flat mereka sendiri.

Ini sekali gus memerlukan penyesuaian kepada keperluan bekalan flat sewa.

“Flat-flat sewa awam HDB, yang diberi banyak subsidi, memenuhi keperluan rakyat yang tiada pilihan perumahan atau sokongan keluarga.

“Sebab utama permintaan permohonan bagi flat-flat sewa awam HDB ditolak adalah kerana pemohon mempunyai kemampuan membeli flat, mempunyai sokongan keluarga, atau tidak mampu memenuhi keperluan kerakyatan.

“Bagi mereka yang tidak memenuhi kriteria kelayakan, HDB mengamalkan sikap fleksibel berdasarkan keperluan dan keadaan individu terbabit,” ujarnya. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3