PARLIMEN akan membahaskan dan mengundi usul yang difailkan Parti Pekerja (WP) bagi kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) ketiga seawal-awalnya Rabu depan selepas perbahasan tentang Amanat Presiden.
Menjelaskan tempoh tujuh hari itu, Sekretariat Parlimen berkata: "Menurut Peraturan Mesyuarat (Standing Orders), perbahasan Amanat Presiden akan berlangsung dahulu kerana perbahasan itu mempunyai keutamaan berbanding perbincangan usul."