Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Akta baru sedia perlindungan lebih banyak bagi pengguna

Sep 14, 2016 | 10:15 AM



PERUNCIT tidak bertanggungjawab tidak lagi boleh secara rahsia menutup dan membuka semula perniagaannya di bawah nama berbeza untuk melarikan diri daripada pengesanan, di bawah perubahan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen pada Selasa (13 Sep).



Menjelang akhir tahun ini, agensi pemerintah Spring Singapore akan mempunyai kuasa luas untuk menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap peruncit yang berterusan melakukan amalan tidak adil.



Pindaan pada Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil) menghantar isyarat penghalang kuat kepada sebilangan kecil perniagaan yang terlibat dalam amalan tidak adil, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Koh Poh Koon, memberitahu Dewan semasa perbahasan itu, yang menyaksikan 14 Anggota Parlimen (AP) bangkit berucap menyokong pindaan tersebut.



Undang-undang baru itu bertujuan menghapuskan peruncit "kambing hitam" dan mencegah berulangnya saga Jover Chew.



Bekas pemilik kedai telefon mudah alih di Sim Lim Square itu dan pekerjanya dipenjara tahun lalu kerana menipu 26 mangsa supaya bersetuju membeli peranti mudah alih bernilai lebih $16,000 dalam tempoh 10 bulan.



Dengan kuasa baru itu, Spring, badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) yang menyelia pertumbuhan perusahaan itu di Singapura, boleh memeriksa dan memasuki premis tanpa waran untuk mengumpul bukti terhadap peruncit yang berterusan tidak bertanggungjawab.



Ini akan membolehkan agensi itu mengambil tindakan dengan cepat dan memfailkan injunksi - perintah mahkamah untuk menghentikan peruncit daripada meneruskan amalan tidak adil - tepat pada masanya, jika perlu.



Selain itu, tindakan menghalang siasatan Spring, misalnya memusnahkan dokumen atau memberi maklumat palsu, juga merupakan satu kesalahan.



Di bawah undang-undang baru itu, mahkamah juga boleh mewajibkan peruncit tidak bertanggungjawab memberi amaran kepada pelanggan bahawa mereka sedang dikenakan injunksi, misalnya dengan mencetak notis pada invois mereka.



Peruncit juga perlu memberitahu Spring apabila terdapat perubahan pada alamat mereka atau status pekerjaan mereka. Jika gagal mematuhi ini, mereka boleh didakwa menghina mahkamah.



Perubahan ini akan menutup beberapa lubang dalam undang-undang pengguna semasa, kata Dr Koh, yang juga Menteri Negara bagi Pembangunan Negara.



Pada masa ini, Persatuan Pengguna Singapura (Case) dan Lembaga Pelancongan Singapura menguruskan aduan pengguna tetapi kedua-duanya tidak mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.



Mereka boleh berunding dengan peruncit, mengaturkan pengantaraan atau menjemput peruncit menandatangani perjanjian menghentikan amalan tidak adil mereka. Jika peruncit enggan menandatangani perjanjian atau melanggarnya selepas menandatangani, agensi itu boleh mengambil injunksi.



Tetapi, sekalipun perintah mahkamah dikeluarkan, ada pemilik perniagaan menutup kedai mereka dan membuka semula di bawah nama berbeza untuk mengelak hukuman.



Di bawah undang-undang baru, perbuatan itu itu merupakan kesalahan jenayah.



Akta ini memperuntukkan perlindungan sama kepada pengguna baik bagi pembelian dalam talian mahupun di kedai biasa, kata Dr Koh.



Lima AP bertanya apakah lebih banyak akan dilakukan bagi melindungi pengguna yang membeli pakej prabayar, berikutan penutupan tiba-tiba rangkaian gimnasium California Fitness pada Julai.



Dr Koh berkata "sangat mencabar" untuk mengenakan langkah meluas merangkumi semua perniagaan bagi melindungi pengguna terhadap kehilangan wang yang telah dibayar akibat penutupan perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >