Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen bakal bincang strategi tangani Omicron

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



STRATEGI kesihatan yang diambil Singapura dalam menghadapi varian Omicron serta vaksinasi yang kini diberikan kepada kanak-kanak merupakan antara isu utama yang bakal dibincangkan dalam sesi Parlimen Isnin (10 Jan).



Sebanyak 18 soalan telah difailkan berkaitan topik-topik tersebut sedang kes jangkitan Omicron semakin meningkat di sini, membentuk hampir satu dalam lima kes dalam masyarakat minggu lalu.



Sebelum ini, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 memberi amaran bahawa Singapura mungkin menghadapi gelombang kes Omicron yang lebih besar pada minggu-minggu akan datang berbanding jangkitan varian Delta tahun lalu.



Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) meminta maklumat terkini berkaitan keupayaan Singapura untuk menghadapi peningkatan dari segi jumlah jangkitan Omicron, serta butiran kes import mengikut negara asal.



Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) dari Parti Pekerja (WP) bertanyakan tentang rancangan untuk menawarkan vaksin Covid-19 bukan mRNA kepada kanak-kanak dalam kumpulan usia lima hingga 11 dan 12 hingga 18 tahun, dan sama ada pemerintah merancang untuk mengenakan langkah yang dibezakan mengikut status vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.



Sementara itu, terdapat lapan soalan yang difailkan berkaitan topik Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) dan sekatan sempadan, seperti soalan yang dikemukakan oleh Cik Poh Li San (GRC Sembawang) berkaitan sama ada lebih banyak ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) perlu dilakukan beberapa hari selepas tiba di Singapura bagi pengunjung VTL, terutama sekali mereka yang berasal dari negara yang mempunyai kes Omicron tinggi.



Antara isu lain yang bakal dikemukakan oleh AP termasuk sokongan bagi mereka yang mengalami keganasan keluarga atau seksual, serta kadar pekerja penjagaan kesihatan yang merosot di sini.



Sebanyak lapan rang undang-undang akan dibahaskan dalam sesi Parlimen pertama tahun ini, termasuk Rang Undang-Undang Piagam Wanita (Pindaan).



Sementara itu, Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Cik Hazel Poa akan mengemukakan usul penangguhan bagi langkah pengurusan keselamatan yang ditetapkan berdasarkan status vaksinasi.



Salah satu keprihatinan adalah sama ada langkah tersebut akan dikenakan terhadap kanak-kanak.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) bulan lalu, ia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengenakan langkah tersebut terhadap kanak-kanak di bawah 12 tahun buat masa kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >