Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: 'Bandar Safti' akan beri askar pengalaman tempur realistik

Mar 03, 2017 | 03:37 PM



SEBUAH lapangan latihan baru kira-kira sebesar bandar Bishan akan dibina di barat Singapura untuk membolehkan askar mengasah kemahiran pertempuran bandar mereka dalam kehidupan nyata, seperti bangunan tinggi, gudang, dan stesen MRT dengan berbilang pintu keluar.



Kawasan seluas 88 hektar itu - yang dipanggil Bandar Safti - akan membolehkan askar berlatih dalam sekitaran bandar padat yang hampir menyerupai landskap Singapura apabila ia disiap dibina dalam tempoh 10 tahun, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Jumaat (3 Mac) di Parlimen.



Satu bahagian Bandar Safti akan dipenuhi dengan kelompok rumah kedai, bangunan tinggi yang saling terhubung, kediaman bertingkat rendah, tempat letak kereta bawah tanah, pusat tukaran bas dan stesen MRT.



Satu lagi bahagian berhampiran Kolam Air Poyan akan menempatkan kompleks petrokimia, gudang, taman kontena dan bangunan industri.



Dengan lebih 200 bangunan dan rangkaian jalan yang meluas, Bandar Safti akan memberi pengalaman realistik bertempur di hutan konkrit seperti Singapura, kata Dr Ng semasas perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan Kementerian Pertahanan (Mindef).



Kemudahan itu, yang pertama di sini, akan membolehkan tentera berlatih dalam pelbagai jenis operasi, daripada penentangan pengganasan kepada pertahanan pantai dan bantuan bencana.



Bandar Safti, yang akan menelan belanja kira-kira $900 juta, akan dilengkapi alat dan kamera video yang serta-merta menjejak tindakan unit dan tentera individu.



Data itu kemudian boleh dianalisis dan digunakan untuk membantu tentera belajar daripada latihan lalu.



Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula premis tentera di barat Singapura, lapangan baru bagi infantri dan latihan kenderaan berperisai akan dibangunkan di kawasan latihan sedia ada Pasir Laba, Ama Keng dan Kemudahan Latihan Bandar Murai.



Pelbagai senario latihan, dipanggil Litar Pertempuran Berperkakasan boleh disimulasikan di kawasan-kawasan itu.



Litar pertempuran itu direka untuk membolehkan lebih banyak latihan intensif dan cekap dijalankan pada tapak kecil, sedang keperluan tentera bagi tapak latihan telah berkembang dengan bertambahnya unit berkenderaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >