Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen bersidang pada 29 Feb

Feb 12, 2016 | 10:12 AM



Parlimen akan bersidang pada 29 Februari, buat kali pertama selepas perbahasan Amanat Presiden, yang menetapkan hala tuju penggal lima tahun baru pemerintah, bulan lalu.


Anggota Parlimen (AP) dijangka membahaskan pindaan ke atas lapan undang-undang sedia ada pada sesi itu, di mana Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) ketiga akan mengangkat sumpah.


Beliau ialah Dr Daniel Goh, 42 tahun, daripada Parti Pekerja (WP), yang memberitahu The Straits Times pada Khamis (11 Feb) beliau akan mengangkat sumpah semasa sidang tersebut.


Pensyarah sosiologi itu mengisi kerusi NCMP yang ditolak oleh seorang lagi calon WP, Cik Lee Li Lian.


Antara lapan rang undang-undang yang dijangka dibahaskan pada sidang itu ialah pindaan ke atas Akta Pendaftaran Penjenayah.


Ini akan membolehkan agensi penguatkuasaan undang-undang Singapura bekerjasama lebih erat dengan rakan antarabangsa mereka untuk menangani jenayah tersusun dan pengganasan rentas sempadan.


Undang-undang yang mengawal Tabung Simpanan Pekerja (CPF) juga akan dipinda. Salah satu daripada pindaan itu akan membolehkan ahli memilih pelan CPF Life dekat dengan masa mereka akan mula mendapat bayaran daripada skim anuiti nasional itu.


Umur terawal untuk pembayaran itu ialah 64 tahun, yang akan dinaikkan kepada 65 pada 2018.


Buat masa ini, ahli perlu membuat keputusan mengenai pelan CPF Life pada usia 55 tahun.


Baki enam rang termasuk pindaan ke atas Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan Akta Dana Generasi Perintis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >