Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Gagal penuhi syarat latihan PWM: Pekerja tidak turun pangkat, dipotong gaji

Feb 14, 2023 | 07:35 PM



SEJAUH ini, tiada kes yang dilaporkan berkaitan pekerja sektor pembersihan, keselamatan dan landskap yang diturunkan pangkat atau dipotong gaji kerana gagal memenuhi syarat latihan di bawah Model Gaji Progresif (PWM), menurut Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.


Gaji di bawah skim PWM itu ditetapkan berdasarkan tugas yang dilakukan dan bukan sama ada mereka memenuhi syarat latihan yang ditetapkan, tambah Encik Zaqy.


Justeru, majikan perlu membayar gaji yang sesuai selagi pekerja itu melaksanakan tugasnya meskipun pekerja tersebut belum memenuhi syarat latihan PWM, tambahnya. 


“Majikan akan meletakkan setiap pekerja di tangga kerja yang sesuai, selepas mempertimbangkan keperluan perniagaan mereka serta keupayaan pekerja tersebut untuk melaksanakan tugas. 


“Majikan perlu menggajikan pekerja mereka berdasarkan PWM yang ditetapkan bagi tangga kerja mereka.


“Meskipun setiap pekerjaan mempunyai syarat latihan tertentu, gaji PWM adalah berdasarkan tugas yang dilakukan, bukan syarat latihan yang dipenuhi,” katanya.


Encik Zaqy mengulas demikian dalam responsnya kepada Cik Carrie Tan (Nee Soon) di Parlimen pada Selasa. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >