Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Hanya 80% pek habuan NDP disediakan tahun ini

Jun 05, 2020 | 03:00 PM



JAWATANKUASA Eksekutif Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) akan menghasilkan pek habuan atau 'funpack' untuk kira-kira 80 peratus daripada kesemua isi rumah warga Singapura dan penduduk tetap, setelah mengambil kira mereka yang mengatakan tidak memerlukannya.



Dari pengalaman sebelumnya, jumlah itu seharusnya mencukupi dan orang ramai yang menginginkan pek habuan itu boleh mendapatkannya dari balai rakyat untuk Hari Kebangsaan, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Parlimen hari ini.



Rancangan untuk mengedarkan pek habuan ke setiap rumah warga Singapura dan penduduk tetap sempena Hari Kebangsaan telah menimbulkan perdebatan dan petisyen dalam talian yang telah mengumpulkan sekitar 110,000 tandatangan setakat ini. 



Ada yang berpendapat sumber daya ini dapat dialihkan dengan lebih baik bagi sebab-sebab lain - terutama dalam keadaan menghadapi pandemik koronavirus.



Dr Ng menyatakan bahawa jawatankuasa eksekutif NDP bertujuan untuk menjadi inklusif untuk setiap NDP, dan akan mengambil pandangan dan menampung kepentingan yang berbeza jika mungkin.



Tetapi beliau mengingatkan bahawa "jika setiap kelompok kepentingan mendorong agendanya sendiri, terutama semasa NDP, maka alasan bersama kita untuk merayakan acara nasional ini menyusut kerana eksko tidak akan pernah dapat memenuhi setiap permintaan dengan cukup baik".



Menjawab soalan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leon Perera; Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines) dan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar), Dr Ng mengakui bahawa ada pihak yang merasakan perayaan itu boros dan sumber daya yang sama seharusnya dibelanjakan di tempat lain, terutamanya memandangkan kesan Covid-19 terhadap ekonomi dan pekerjaan.



"Saya menghargai pandangan mereka dan setuju sepenuhnya dengan mereka bahawa kita harus berhati-hati," katanya, sambil menambah bahawa kos penganjuran NDP tahun ini sekurang-kurangnya sepertiga lebih rendah daripada biasa, dengan penjimatan dari kos infrastruktur sekiranya perbarisan diadakan di Padang atau The Float @ Marina Bay. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >