Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Kereta sorong terbuka dibenarkan di bas awam mulai 2 Apr

Mar 08, 2017 | 02:15 PM



KERETA sorong bayi terbuka akan dibenarkan di semua bas awam mulai awal bulan depan.



Pada masa ini, penumpang yang menaiki bas bersama anak kecil mereka perlu melipat kereta sorong bayi mereka sebelum menaiki bas awam.



"Kami berharap ini akan membuat perjalanan dengan anak kecil menggunakan pengangkutan awam lebih selesa," kata Menteri Pengangkutan Kedua Ng Chee Meng di Parlimen pada Rabu (8 Mac) semasa perbahasan Bajet Kementerian Pengangkutan.



Bagaimanapun, beliau berkata ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan anak mereka, termasuk memegang kereta sorong bayi terbuka itu.



Encik Ng juga bercakap mengenai inisiatif lain kementerian bagi menjadikan pengangkutan awam lebih mudah diakses oleh semua pengguna.



Sistem pengangkutan masa depan, katanya, akan menjadi lebih inklusif dan perlu direka dengan teliti bagi memenuhi keperluan mereka yang kurang upaya, keluarga dengan kanak-kanak dan warga tua.



Walaupun inisiatif seperti menjadikan semua stesen MRT dan pusat tukaran bas bebas-halangan, dan menjadikan semua bas awam diakses dengan kerusi roda menjelang 2020 telah membantu menjadikan pengangkutan awam lebih mudah setakat ini, Encik Ng berkata beliau bersetuju dengan Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) bahawa masih terdapat ruang untuk dibaiki.



Contohnya, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan mula menguji pengumuman audio dalam bas bagi manfaat golongan kurang upaya penglihatan. Pengumuman akan ditambah kepada sistem paparan maklumat penumpang yang sedang diuji pada perkhidmatan bas 106.



LTA juga akan bekerjasama dengan agensi sokongan kurang upaya SG Enable menggunakan stesen MRT Redhill sebagai tapak ujian bagi teknologi mobiliti baru dan prasarana bagi meningkatkan akses pengangkutan awam bagi golongan kurang upaya.



Encik Ng berkata stesen yang paling hampir dengan Enabling Village sering digunakan oleh penumpang kurang upaya.



"Perjalanan dari stesen Redhill Enabling Village juga merupakan satu cabaran bagi orang kurang upaya, kerana topografi berbukit dan jarak 400 meter," kata Encik Ng, sambil menambah bahawa beliau telah 'mencabar' LTA dan SG Enable membaikinya.



Beberapa inisiatif akses lain juga akan diperluaskan.



Menjelang akhir tahun depan, 24 lagi jejantas pejalan kaki akan dipasang lif, sebagai tambahan kepada 23 yang sudah selesai.



Program Silver Zone, bertujuan membolehkan warga tua dan orang kurang upaya menyeberangi jalan dengan selamat, akan diperluaskan kepada 41 lokasi di seluruh negara - meningkat daripada sembilan pada masa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >