Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Lebih 1,900 warga S'pura masih di China, seorang telah pulih daripada koronavirus

Mar 02, 2020 | 05:30 PM



LEBIH 1,900 warga Singapura masih berada di China, tetapi jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana angka ini hanya mewakili mereka yang mendaftar dengan  Kementerian Ehwal Luar (MFA),  kata Menteri Ehwal Luar Encik Vivian Balakrishnan pada Isnin (2 Mac).



Bercakap di Parlimen, Dr Balakrishnan berkata MFA sedar ada seorang lelaki, warga Singapura yang dijangkiti koronavirus dan telah menerima rawatan di satu hospital yang terletak di wilayah Hubei, China.



Kata Dr Balakrishnan, menjawab soalan yang diajukan Dr Lim Wee Kiak (GRC Sembawang), kedutaan Singapura di Beijing telah menghubungi lelaki itu untuk menghulurkan bantuan kepadanya dan sejauh ini beliau sudah pun keluar dari hospital.



Beliau juga menggesa agar warga Singapura yang sedang berada di luar negara untuk mendaftar dengan MFA secara dalam talian, terutama semasa wabak Covid-19  menular ini yang telah menjejas China dan negara-negara lain di serata dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >