Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Lebih banyak bantuan bagi PMET, pekerja tua dan yang dibuang kerja

Mar 06, 2017 | 02:41 PM



LEBIH banyak bantuan akan dihulurkan kepada golongan professional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) yang mahu bertukar kerjaya dalam ekonomi yang tidak menentu.



Program Penukaran Profesional (PCP) bagi membantu PMET menukar sektor dan pekerjaan akan dipertingkat, kata Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say di Parlimen pada Isnin (6 Mac).



Program itu akan terus memberi subsidi 70 peratus daripada gaji bulanan mereka yang menukar kerjaya, tetapi had subsidi akan dinaikkan daripada $2,000 kepada $4,000 sebulan. Ini bermakna program itu boleh menyokong majikan yang menggajikan PMET $5,700 sebulan, kata Encik Lim.



Majikan yang menggaji mereka yang berusia 40 tahun dan lebih tua atau mereka yang telah menganggur lebih daripada enam bulan akan mendapat subsidi lebih tinggi. Mereka akan menerima 90 peratus subsidi daripada gaji bulanan pada had lebih tinggi iaitu $6,000, meningkat daripada $4,000 sebulan.



"Dengan sokongan gaji 90 peratus, kita kini boleh menyokong pekerjaan peringkat pertengahan sehingga gaji $6,700," kata Lim.



Penambahbaikan program itu adalah antara langkah yang diumumkan Encik Lim untuk membantu pekerja mencari pekerjaan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran melakukannya, apa yang beliau panggil sebagai langkah menangani "ketidakpadanan kerja" - kerja tersedia tetapi pekerja tidak mempunyai kemahiran melakukannya - dan juga "terlepas padan" - pekerja mempunyai kemahiran dan kerja ada, tetapi "mereka belum menemui satu sama lain", kata Encik Lim.



Langkah-langkah lain termasuk:



- Program Percubaan Kerja dengan pekerja boleh cuba pekerjaan baru bagi tempoh tertentu dilanjutkan daripada dua minggu hingga tiga bulan.



- Program Tugas dan Latih (Attach and Train) dengan pekerja boleh menyertai syarikat tanpa firma perlu mengambil mereka bekerja. Para pelatih akan menerima elaun latihan berjumlah antara 50 dengan 70 peratus daripada gaji untuk kerja latihan yang mereka jalani, dihadkan pada $4,000 sebulan.



Encik Lim mengumumkan program itu akan dicuba dalam sektor logistik.



Industri lain yang dipertimbangkan bagi program itu termasuk infokom, penjagaan kesihatan dan biologik yang dijangka dapat berkembang pada masa hadapan.



- Majikan yang menggajikan pekerja PMET lebih tua (berusia 40 tahun ke atas) dan yang telah lebih daripada satu tahun akan mendapat subsidi lebih tinggi di bawah Program Sokongan Kerjaya yang lebih baik. Sokongan gaji akan dilanjutkan daripada 12 kepada 18 bulan - bermakna gaji sehingga $42,000 melebihi 18 bulan.



- PMET yang berumur 40-49 tahun yang diberhentikan atau menganggur selama enam bulan akan mendapat sokongan gaji dua kali ganda, sehingga $25,200 dalam tempoh 12 bulan.



- Program Sokongan kerjaya akan diperluaskan kepada semua PMET yang menganggur selama enam bulan atau lebih, tanpa mengira umur atau sama ada mereka diberhentikan kerja. Ini bermakna maksimum $12,600 sepanjang 12 bulan bagi PMET bawah 40 tahun.



- Gaji minimum pekerja di syarikat-syarikat yang menyertai Program Sokongan kerjaya akan diturunkan dari $4,000 kepada $3,600 sebulan bagi syarikat kecil dan sederhana (SME), supaya mereka juga boleh menyertai skim itu.



- Pemerintah akan mengupah dua agensi pekerjaan asing untuk membantu PMET mencari pekerjaan. Agensi-agensi ini mempunyai pengalaman bekerja dengan di UK dan Australia.



- Bank Pekerjaan Nasional akan menjadi portal talian sehenti bagi pekerjaan dan kemahiran, dengan lebih banyak alat bantu diri bagi pengguna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >