Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Lebih banyak subsidi bagi kanak-kanak kurang upaya di pusat jagaan pelajar khas

Mar 05, 2020 | 09:37 PM



KELUARGA dengan anak kurang upaya yang menghadiri pusat jagaan pelajar khas akan menerima lebih banyak subsidi yuran, dan lebih ramai akan layak mendapat bantuan kerana kriteria pendapatan diperluaskan.


Dengan bantuan tambahan itu, kebanyakan keluarga secara purata akan membayar yuran 30 hingga 80 peratus lebih rendah.


Sebagai contoh, keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak $4,000 sebulan hanya akan membayar $142 sebulan apabila subsidi itu dilaksanakan, iaitu kira-kira 75 peratus lebih rendah daripada $582 yang mereka bayar sebelum ini.


Sementara itu, pendapatan isi rumah yang layak untuk subsidi yang diuji kemampuan akan dinaikkan dari $4,000 ke $9,200 sebulan.


Pusat jagaan pelajar khas menyediakan penjagaan dan pengawasan selepas sekolah untuk kanak-kanak kurang upaya berusia antara tujuh dengan 18 tahun.


Perubahan itu akan berkuatkuasa pada 1 Julai, kata Menteri Negara bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Sam Tan di Parlimen pada Khamis (5 Mac).


Buat masa ini terdapat lima pusat jagaan pelajar khas di atau berhampiran sekolah pendidikan khas, dengan kira-kira 130 pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >