Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Parlimen lulus Akta Pemuliharaan Monumen, luaskan takrif 'monumen' rangkumi ruang terbuka

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



PARLIMEN semalam meluluskan pindaan kepada Akta Pemuliharaan Monumen (PMA) bagi meluaskan definisi "monumen" untuk merangkumi "tapak" yang termasuk ruang terbuka dan perairan pedalaman.



Ini bagi membolehkan tapak dengan kepentingan sejarah negara seperti Padang untuk dipulihara dan dilindungi.



Dalam ucapannya semalam, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata rancangan pemerintah untuk mewartakan Padang sebagai monumen negara telah diumumkan pada Ogos 2019.



"Bukan hanya Padang antara ruang terbuka bagi rekreasi awam yang tertua di Singapura, ia juga telah menyaksikan detik-detik penting dalam sejarah Singapura," kata Encik Tong.



Dengan perluasan definisi untuk merangkumi tapak, beberapa aspek PMA akan perlu dikemas kini, kata Encik Tong.



Sebagai contoh, bagi melindungi tapak yang dipelihara sebagai monumen negara dengan lebih baik, tindakan seperti membersih, menggali atau melombong akan disenaraikan sebagai kegiatan yang perlu dikawal.



Ini selain larangan sedia ada seperti mengecat semula dan mengubah suai bangunan dan struktur tanpa kebenaran Lembaga Warisan Nasional (NHB).



Pindaan lain yang diusulkan akan memastikan monumen negara dilindungi dengan mencukupi daripada kerja-kerja tanpa kebenaran yang boleh menjejas karakter dan kepentingannya, kata Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Sebagai contoh, pindaan yang diusulkan itu akan membolehkan NHB memberi Notis Penguatkuasaan dan menghentikan sebarang operasi atau kegiatan, jika ia menilai yang aktiviti itu meletakkan sebuah monumen negara dalam risiko dirosakkan, dikeluarkan atau diubah.



Pindaan yang diusulkan itu akan menyelaraskan kuasa penguatkuasaan NHB bagi monumen negara dengan yang di bawah Akta Perancangan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk bangunan yang dipulihara.



MCCY berkata memandangkan bangunan, struktur dan tapak dianggap sebagai mempunyai kepentingan sejarah dan nasional yang lebih besar, monumen negara harus menikmati tahap perlindungan yang sama, jika tidak lebih tinggi, berbanding bangunan yang dipulihara.



"Beberapa monumen negara kita berusia hampir 200 tahun - dan dalam kes Padang, lebih tua, dan adalah tanggungjawab kita untuk memastikan ia terus berdiri megah untuk bertahun-tahun akan datang.



"Oleh itu, mesti ada juga langkah mencukupi bagi melindungi karakter dan integriti monumen negara yang diusulkan di masa akan datang yang dianggap layak untuk pemeliharaan," kata Encik Tong.



Berucap di perbahasan itu, Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) bertanya adakah MCCY akan bekerjasama dengan pemilik monumen untuk memastikan terdapat tanda jelas untuk memaklumkan orang awam yang mereka berada di sebuah monumen.



Memberi respons, Encik Tong berkata buat masa ini sudah ada tanda di setiap monumen negara seperti di kawasan masuk ke monumen itu untuk memberitahu orang awam tentang statusnya.



Bagi monumen tanpa satu ruang masuk yang jelas untuk awam, NHB akan bekerjasama dengan pemilik untuk meletakkan tanda bagi mengingatkan orang awam agar menghormati monumen negara itu, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >