Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen lulus rang undang-undang mansuh Akta Hasutan

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



PARLIMEN semalam meluluskan rang undang-undang untuk memansuhkan Akta Hasutan, sedang beberapa aspek dalam akta itu tidak lagi relevan atau sesuai dalam konteks Singapura sekarang.



Menyatakan demikian semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata akta itu diperkenalkan oleh pihak Britain kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Antaranya, ia bertujuan mengekang pembantahan kepada pemerintahan jajahan Britain.



Akta itu menyatakan kesalahan jenayah bagi kelakuan yang mempunyai unsur hasutan seperti mengapi-apikan kebencian terhadap pemerintah, perasaan tidak puas hati dalam kalangan warga dan penduduk, serta kebencian antara pelbagai kaum atau kumpulan di Singapura.



"Beberapa aspek penting Akta Hasutan tidak lagi relevan dan sudah lama tidak relevan. Peruntukan itu tidak digunakan dalam pendakwaan," kata Encik Shanmugam di perbahasan rang itu semalam.



Akta Hasutan telah menyaksikan enam pendakwaan sejak 1965.



Encik Shanmugam berkata terdapat undang-undang lain yang telah diperkenalkan yang mengatasi perkara yang pada asalnya di bawah Akta Hasutan.



"Tetapi satu aspek dalam akta itu yang tidak di bawah perundangan lain, dan kekal relevan.. ialah kelakuan yang mempromosi permusuhan antara pelbagai kumpulan penduduk, bukan sahaja antara kaum atau agama, bahkan antara garis lain juga," kata Encik Shanmugam.



Oleh itu, pihaknya akan membuat pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kod Prosedur Jenayah untuk memastikan perpaduan sosial di Singapura dikekalkan.



Berucap di perbahasan itu, Encik Leon Perera (GRC Aljunied) bertanya mengenai langkah menjadikan beberapa kesalahan berkenaan kelakuan yang menjejas perpaduan dan keharmonian sosial, kesalahan yang boleh membawa kepada penangkapan di bawah Kanun Keseksaan.



Encik Perera telah bertanya mengenai apakah kriteria yang menjadikannya kes serius, dan adakah terdapat pengecualian seperti dalam Akta Hasutan.



"Dengan menjadikan kesalahan ini boleh membawa kepada penangkapan dan memberi polis kuasa untuk tangkap tanpa waran, tidakkah ia akan meningkatkan risiko penilaian salah dibuat, yang mungkin memburukkan situasi?" tanya Encik Perera.



Memberi respons, Encik Shanmugam berkata soalan seperti itu tidak boleh diajukan dengan merujuk kepada Akta Hasutan yang mengatasi perkara yang berbeza.



"Tetapi saya rasa memang munasabah untuk tanya jika perlu menjadikannya kesalahan yang boleh membawa kepada penangkapan.



"Saya fikir soalan balasnya ialah apakah prejudisnya jika ia dijadikan kesalahan yang boleh membawa kepada penangkapan. Ia membolehkan polis bergerak pantas, ia membolehkan polis untuk campur tangan, dan ini adalah perkara serius dan ini adalah soal penilaian," ujar Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >