Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Parlimen lulus usul bentuk J'kuasa Pilihan tangani isu kepalsuan dalam talian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Parlimen lulus usul bentuk J'kuasa Pilihan tangani isu kepalsuan dalam talian

Jan 10, 2018 | 09:43 PM

PARLIMEN hari ini meluluskan usul membentuk sebuah Jawatankuasa Pilihan demi menangani isu kepalsuan dalam talian yang disengajakan.

Membentangkan usul tersebut, Menteri Undang-Undang K Shanmugam berkata ia dibentangkan kerana Singapura amat terdedah kepada ancaman berita palsu.

Dalam sidang itu, semua 80 Anggota Parlimen (AP) yang hadir, termasuk AP pembangkang, menyokong usul membentuk Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Dalam Talian Yang Disengajakan.

Seramai 11 AP pula berucap bagi menyokong usul tersebut.

Awal dalam hujahnya, Encik Shanmugam yang juga Menteri Ehwal dalam Negeri memerhatikan banyak negara di seluruh dunia menjadi mangsa "kempen penyebaran maklumat palsu yang tersusun dan disengajakan".

Beliau menyatakan mereka yang menyebarkan berita palsu berbuat demikian secara sengaja kerana mahu mengganggu proses demokrasi, menjejas keyakinan terhadap institusi dan menggugat kestabilan masyarakat yang disasar.

Kali terakhir pemerintah menubuhkan sebuah jawatankuasa pilihan untuk mengkaji isu dasar adalah 22 tahun lalu, pada 1996.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3