Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen lulus usul bentuk J'kuasa Pilihan tangani isu kepalsuan dalam talian

Langkah diambil kerana S'pura amat terdedah kepada ancaman berita palsu
Jan 11, 2018 | 05:30 AM



PARLIMEN semalam meluluskan usul membentuk sebuah Jawatankuasa Pilihan demi menangani isu kepalsuan dalam talian yang disengajakan.



Membentangkan usul tersebut, Menteri Undang-Undang K. Shanmugam berkata ia dibentangkan kerana Singapura amat terdedah kepada ancaman berita palsu.



Dalam sidang itu, semua 80 Anggota Parlimen (AP) yang hadir, termasuk AP pembangkang, menyokong usul membentuk Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Dalam Talian Yang Disengajakan.



Seramai 11 AP pula berucap bagi menyokong usul tersebut.



Awal dalam hujahnya, Encik Shanmugam yang juga Menteri Ehwal dalam Negeri memerhatikan banyak negara di seluruh dunia menjadi mangsa "kempen penyebaran maklumat palsu yang tersusun dan disengajakan".



Beliau menyatakan mereka yang menyebarkan berita palsu berbuat demikian secara sengaja kerana mahu mengganggu proses demokrasi, menjejas keyakinan terhadap institusi dan menggugat kestabilan masyarakat yang disasar.



Singapura, menurut Encik Shanmugam, amat terdedah oleh ancaman bahan palsu dalam talian memandangkan 91 peratus isi rumah Singapura mempunyai akses Internet, profil penduduk yang berbilang kaum dan agama, dan kedudukan negara ini sebagai pusat serantau yang penting.



"Jika kita boleh dipengaruhi - kepentingan asing boleh dimajukan melalui kita," ujar Encik Shanmugam.



Memberi contoh bagaimana barisan pemisah boleh dieksploitasi oleh kepalsuan, Encik Shanmugam berkata pada Jun lalu terdapat khabar angin yang mengatakan daging kucing dan anjing dicampur dalam rempah sate di Bazar Geylang.



"Kepalsuan yang disebar luas boleh melemaskan fakta, boleh mengelirukan orang ramai (dan mereka) boleh dipengaruh supaya menyebabkan keretakan dan menghancurkan perpaduan sosial," kata beliau.



Menyertai perbahasan, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata isu menangani kepalsuan dalam talian menjangkau lebih luas.



"Asasnya ia merupakan usaha kita menjaga kedaulatan kita dan kedudukan kita sebagai masyarakat berbilang kaum, dengan memastikan mereka yang mahu mengganggu kita dengan menyebarkan kepalsuan dalam talian tidak akan berjaya," ujar Dr Yaacob.



Dalam hujah menyokong usul itu, Dr Yaacob memerhatikan bahawa teknologi semakin mempermudah usaha mencipta bahan palsu.



Daripada kalangan AP yang menyertai perbahasan, Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah) berkata, rakyat perlu meraih keupayaan membezakan bahan palsu dengan yang benar.



"Hanya dengan cara itu kita boleh pertingkat daya tahan menangani kesan jahat kepalsuan," ujar beliau.



Encik Zaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang) pula prihatin akan usaha kumpulan pengganas menyebarkan kepalsuan dalam talian demi merekrut anggota dan menyebar ideologi ganas mereka.



Jawatankuasa merangkumi 10 AP akan mengkaji punca dan akibat daripada penyebaran berita palsu dalam talian yang disengajakan.



Ia juga boleh meminta maklum balas orang ramai dan akan mengadakan rundingan secara meluas.



Setelah menimbangkan langkah-langkah yang diperlukan bagi mencegah dan memerangi berita palsu seperti itu, jawatankuasa itu akan mengemukakan laporan bersama saranannya kepada Parlimen.



Timbalan Speaker Charles Chong akan mempengerusikan jawatankuasa yang akan dianggotai tujuh lagi AP pemerintah, seorang AP pembangkang dan seorang Anggota Parlimen Dilantik (NMP).



Kali terakhir pemerintah menubuhkan sebuah jawatankuasa pilihan untuk mengkaji isu dasar adalah 22 tahun lalu, pada 1996.



Laporan Parlimen:



Khaw: Pemandu, pusat kawalan tidak sempat bertindak



Program bekerja sambil belajar semakin diminati pelajar



Jawatankuasa berita palsu bakal pertimbang kesan



Kepalsuan boleh beri kesan ketara kepada negara



Contoh berita palsu



Yaacob: Perlu ambil langkah tangani berita palsu sejajar kemajuan teknologi



Separuh kes lecur libat kanak-kanak usia tiga tahun



Sekilas



Usaha kekang berita palsu perlu libat masyarakat, pendidikan awam



Rakyat perlu ganding bahu tangani kepalsuan yang tular



S'pura tidak mampu jadi mangsa penyebaran berita palsu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >