Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Majikan boleh didenda jika gelar pemberhentian kerja sebagai langkah lain untuk elak bayaran faedah

Jun 04, 2020 | 06:16 PM



MAJIKAN yang memberhentikan kakitangan mereka tetapi menyamarkan langkah itu sebagai tindakan lain agar dapat elak daripada menghulurkan faedah pemberhentian kerja boleh menghadapi risiko dikenakan denda, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo di Parlimen pada Khamis (4 June).



Seramai 100,000 individu mungkin menghadapi pemberhentian kerja pada tahun ini, sedang ekonomi Singapura - yang terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19 ini - menjunam ke arah kemelesetan yang paling teruk sejak kemerdekaannnya pada 1965, lapor The Straits Times.



Ekonomi setempat dijangka kecut antara 4 dengan 7 peratus tahun ini.



Seorang pekerja itu dianggap telah diberhentikan kerja sekiranya majikan tidak dapat menunjukkan rancangan untuk memenuhi jawatannya itu dalam masa dekat, dan ia dianggap begitu tidak kira apa gelaran langkah pemberhentian kerja itu diisytiharkan oleh majikan, kata Cik Teo.



"Jika faedah pemberhentian kerja itu telah dibentangkan dalam kontrak pekerjaan atau persetujuan secara kolektif, dengan jelas majikan itu harus memenuhi janji itu. Majikan tidak boleh mengelakkan diri dengan menggelar pemberhentian kerja itu sebagai sesuatu perkara yang lain," tekannya lagi.



Tambah Cik Teo, sekiranya sebuah syarikat didapati telah menyamar pemberhentian kerja itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan pertimbangkan tindakan tarik balik bantuan pemerintah seperti Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) dan menggantung keistimewaan pas pekerja mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >