Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen mansuh Seksyen 377A, lindungi takrif perkahwinan

Nov 29, 2022 | 09:34 PM





SINGAPURA telah meluluskan pemansuhan undang-undang yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki tetapi pada masa sama, melindungi definisi perkahwinan antara lelaki dengan wanita dari dicabar oleh undang-undang.



Ini setelah Parlimen meluluskan pemansuhan undang-undang Seksyen 377A Kanun Jenayah dan menyokong kepada pindaan Perlembagaan dengan penubuhan Artikel 156 berhubung institusi kekeluargaan.



Dalam perbahasan hangat berlangsung selama 10 jam sepanjang dua hari berakhir Selasa (29 November), seramai 93 Anggota Parlimen (AP) mengundi untuk menyokong pindaan tersebut.



AP Parti Pekerja (WP), Encik Gerald Giam (GRC Aljunied), Encik Dennis Tan (Hougang) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Profesor Hoon Hian Teck, merupakan tiga individu yang menentang pemansuhan itu.



Pindaan Perlembagaan tentang penubuhan Artikel 156 berhubung institusi kekeluargaan menyaksikan seramai 85 AP mengundi menyokong, sedang Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Parti Kemajuan Singapura (PSP) menentang langkah itu dan AP WP, Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) serta Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) mengecualikan diri.



Para Anggota Parlimen Dilantik (NMP) tidak dibenar mengundi kepada Pindaan Perlembagaan.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata pilihan keseluruhan Parlimen menunjukkan bahawa Dewan tersebut patut mengambil keputusan berkaitan isu-isu perkahwinan dan tidak melepaskannya kepada Mahkamah.



Perbahasan menjadi hangat apabila Encik Shanmugam mempersoalkan langkah ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, mengangkat cemeti atau whip semasa Parlimen mengundi untuk memansuhkan undang-undang yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki, dan menyatakan parti itu tidak mengambil pendirian mengenai perkara itu.



Mengangkat cemeti bermakna setiap AP parti itu dapat mengundi dengan bebas.



“Dalam konteks perbahasan kita, kedudukan mereka (WP) bermakna mereka melepaskan keputusan itu kepada mahkamah, dan membiarkan warga Singapura berhadapan kesan negatif, termasuk mengekalkan perbezaan dan polarisasi dalam masyarakat – sekiranya hal itu dibiarkan kepada Mahkamah.



“Dan sekiranya WP benar-benar percaya bahawa perkara sensitif ini patut diputuskan Mahkamah, tidak kira apa kesannya, termasuk memecah-belahkan kita terus dalam pusingan litigasi yang tiada akhirnya, maka mereka patut jujur dan katakan demikian dalam Dewan ini,” kata Encik Shanmugam.



Semasa perbahasan beberapa AP mengemukakan kebimbangan mereka tentang pemansuhan itu yang boleh menyebabkan budaya ‘kansel’ – atau amalan memulaukan mereka yang berpandangan berbeza.



Encik Shanmugam semalam berkata bahawa Kementerian Undang-Undang (MinLaw) sedang meninjau langkah-langkah untuk menangani bahaya yang disebabkan kempen ‘kansel’ secara dalam talian.



“Orang ramai patut lahirkan apa yang mereka percaya, katakan pandangan mereka secara bebas dengan menghormati perasaan orang lain, tanpa bimbang ‘dikansel’,” katanya lagi.



Merumuskan perbahasan itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menyentuh mengenai kebimbangan para AP termasuk mengenai kebebasan beragama dan pendidikan seks di sekolah.



Encik Masagos berkata adalah menjadi hasrat Pemerintah bahawa tiada perubahan kepada norma sosial menyusuli pemansuhan itu – sejajar dengan apa yang ingin dicapai di bawah Artikel 156.



Beliau menekankan bahawa dasar dan kurikulum pendidikan kekal kukuh dalam nilai-nilai kekeluargaan dan norma sosial Singapura, di mana kebanyakan warga Singapura ingin kekalkan.



Ini termasuk menjadikan keluarga tunggak fabrik sosial masyarakat, dan perkahwinan sebagai antara lelaki dengan wanita.







 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >