Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Menakai haiwan 'bahagian kecil' daripada kerja AVA

Feb 28, 2017 | 06:09 PM



PENAKAIAN (culling) haiwan hanya "sebahagian kecil" daripada keseluruhan kerja Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), dan ia tidak mengesan perbelanjaan yang ditanggungnya pada berbuat demikian, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara), Encik Desmond Lee.



Menjawab soalan di Parlimen pada Selasa (28 Feb), Encik Lee berkata AVA mengambil pendekatan serampang berbilang mata bagi mengurus populasi haiwan dan mengurangkan masalah kesihatan dan keselamatan.



Langkah pertamanya ialah menjalankan penilaian profesional mengenai ancaman yang haiwan berpotensi timbulkan terhadap kesihatan dan keselamatan awam, jelas beliau, dan AVA perlu bertindak jika terdapat "kebimbangan kesihatan dan keselamatan penting".



"Sedapat mungkin, ia akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan, termasuk kumpulan kebajikan haiwan dan pertubuhan seperti Wildlife Reserves Singapore untuk menempatkan semula dan memberi rumah baru kepada haiwan-haiwan itu," kata Encik Lee.



"Pembunuhan hanya digunakan sebagai pilihan terakhir."



Dalam respons kepada Encik Louis Ng (GRC Nee Soon), Encik Lee berkata jumlah bajet AVA untuk operasi pengurusan haiwan bagi 2016 ialah $800,000.



Encik Lee berkata masyarakat juga perlu memainkan peranan mereka dalam membantu mengurangkan "konflik haiwan-manusia yang berpotensi berlaku".



"Sebagai contoh, jika semua orang mengamalkan pemilikan haiwan bertanggungjawab dan menahan diri daripada memberi makan kepada haiwan liar, bilangan haiwan liar akan berkurangan dan mendatangkan masalah lebih kecil."



"AVA telah dan akan terus bekerjasama dengan pelbagai kumpulan kebajikan haiwan mengenai pendidikan awam bagi pemilikan haiwan bertanggungjawab," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >