Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Mindef bentuk ketumbukan siber baru bagi tingkat pertahanan siber

Mar 03, 2017 | 02:46 PM



KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) akan membentuk sebuah ketumbukan (command) siber bagi meningkatkan pertahanan terhadap serangan siber, dan menyertakan anggota Perkhidmatan Negara (NSmen) untuk memainkan peranan lebih besar dalam melindungi rangkaian ketenteraan negara.



Ini akan membantu menangani peningkatan ancaman siber terhadap negara, terutamanya memandangkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) semakin menjadi sebuah kuasa yang kian terangkai dan berpusat pada teknologi.



Ketumbukan siber baru itu, yang diumum oleh Menteri Pertahanan Ng Eng Hen di Parlimen pada Jumaat (3 Mac), akan dinamakan Pertubuhan Pertahanan Siber (DCO), yang bertanggungjawab dalam membangunkan strategi dan dasar pertahanan siber.



Pertubuhan baru itu juga bertanggungjawab dalam membangunkan keupayaan pertahanan siber tentera dan, apabila perlu, menyokong Agensi Keselamatan Siber negara.



"SAF perlu bersaing dengan taktik dan operasi penceroboh di alam siber... sesuatu yang tidak berkesudahan yang kita lakukan dalam peperangan konvensional," kata Dr Ng semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan bagi perbelanjaan Mindef.



Sebuah Kumpulan Pertahanan Siber (CDG) baru juga akan diwujudkan. Ia akan terdiri daripada dua unit operasi yang bertanggungjawab sepanjang masa bagi pertahanan rangkaian SAF, dan Pusat Ujian dan Penilaian Siber (Cytec).



Kedua-dua unit itu - Unit Pemantauan Keselamatan dan Unit Respons dan Audit Insiden - akan melaksanakan pemantauan sepanjang masa rangkaian ketenteraan, dan mengerahkan pasukan tindakan untuk mengenal pasti, mengawal dan melenyapkan ancaman siber.



Cytec, yang beroperasi sejak 2015 tetapi hanya didedahkan kepada umum pada Jumaat (3 Mac), ialah satu kemudahan yang menjalankan latihan dan uji latih pertahanan siber.



Kerjaya pertahanan siber baru bagi anggota NS juga telah diwujudkan, dan para askar ini dijangka dikerahkan bagi memainkan peranan itu mulai Ogos (2017).



Bagi mengukuhkan latihan SAF bagi pertahanan siber, satu memorandum persefahaman akan ditandatangani dengan Singapore Technologies Electronics (Info-Security) dan Politeknik Nanyang bulan ini (Mac).



Ini antara lain akan membuka peluang bagi program attachment industri dan pembangunan bersama kurikulum pertahanan siber, di kalangan pelbagai manfaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >