Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: MOH sedar Mikhy Farerra Brochez memiliki data Pendaftaran HIV hanya pada 2016

Feb 12, 2019 | 04:17 PM



WALAUPUN dia telah melaporkan kepada pihak berkuasa pada 2012 bahawa pasangannya telah mendedahkan maklumat mengenai status HIVnya kepada orang lain dan berkongsi gambar atau ‘screenshot’ perkara tersebut, Mikhy Farrera Brochez, warga Amerika yang terlibat dalam kes data Pendaftaran HIV yang dibocorkan, tidak mahu bekerjasama dan enggan memberikan bukti. 



Siasatan pada masa itu tidak berhasil, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di parlimen hari ini. 



Encik Gan menjawab soalan daripada Anggota Parlimen (AP) tentang sama ada Kementerian Kesihatan (MOH) sedar tentang maklumat Pendaftaran HIV yang dimiliki Brochez seawal 2012. 



Dalam kenyataannya ketika membentangkan kronologi kejadian semalam, Encik Gan berkata isu yang timbul pada 2012 bukan berkaitan akses Brochez kepada pendaftaran itu. 



Warga Amerika tersebut pada masa itu berpasangan dengan Ler Teck Siang, doktor yang mengetuai Unit Kesihatan Awam Nasional, dan tinggal bersamanya. 



Pada November 2012, Brochez mendakwa bahawa Ler telah mendedahkan maklumat mengenai Brochez kepada orang lain. 



MOH telah memberikan Dr Ler peranan baru pada 2013, sementara meneruskan siasatan. Akses Dr Ler kepada Pendaftaran HIV juga ditarik balik, kata Encik Gan. 



Antara 2014 hingga 2016, pihak polis dan MOH menyiasat sama ada Brochez telah memalsukan ujian darahnya, dan sama ada Ler telah membantunya memberikan maklumat palsu. 



Brochez ditangkap pada April 2016 kerana berulang kali enggan mematuhi arahan MOH untuk mengambil ujian darah. 



Dia kemudian menghantar kepada pihak polis dan pihak berkuasa pemerintah 75 nama dan butiran daripada pendaftaran HIV. 



Encik Gan berkata polis telah menyerbu rumah Brochez dan Ler serentak dan merampas barangan termasuk komputer, alat penyimpanan elektronik dan fail. 



Polis mendapati bahawa Brochez telah menghantar gambar 75 nama itu dan fail PDF yang mengandungi rekod 46 nama lain daripada pendaftaran HIV itu kepada ibunya. 



Pihak polis telah menghubungi ibu Brochez yang bersetuju memberikan mereka akses kepada akaun e-mel beliau dan telah meghapuskan rekod tersebut, katanya. 



Encik Gan menambah bahawa pada masa ini, polis telah berusaha untuk memastikan tidak ada maklumat sulit lain yang disimpan Ler dan Brochez, walaupun beliau berkata memang diakui terdapat risiko maklumat ini mungkin disembunyikan oleh Brochez. 



Katanya: “Memang kami sedar bahawa terdapat risiko bahawa Brochez mungkin telah menyembunyikan maklumat ini. Malangnya, seperti yang kita lihat, Brochez memang berjaya menyimpan data tersebut yang telah didedahkannya baru-baru ini, dan kami tidak boleh menolak kemungkinan bahawa dia mungkin masih memiliki maklumat tersebut.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >