Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: MOM ambil tindakan ke atas 50 firma yang gagal beri penduduk setempat pertimbangan adil

Mar 06, 2017 | 03:40 PM



TINDAKAN telah diambil ke atas 50 syarikat yang gagal memberi penduduk setempat pertimbangan yang adil ketika mengambil mereka bekerja, kata Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say Isnin (6 Mac).



Lebih 500 permohonan Pas Pekerjaan daripada majikan ini telah ditolak oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) atau ditarik balik oleh syarikat, kata beliau semasa perdebatan belanjawan kementeriannya.



Syarikat-syarikat itu adalah antara syarikat tidak memberi kerjasama Senarai Pemantauan Rangka Kerja Pertimbangan Adil, yang bermula tahun lepas untuk mengesan syarikat yang tidak melakukan merekrut dan melatih rakyat Singapura secukupnya.



"Kami akan terus menyekat keistimewaan pas kerja mereka sehingga mereka membaikinya," kata Encik Lim.



Pada akhir Februari tahun ini, terdapat 250 syarikat dalam senarai pantau - meningkat daripada 100 ketika ia dimulakan.



Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil (Tafep) membimbing syarikat dalam pemantauan memperbaiki amalan pekerjaan mereka dalam tempoh enam bulan.



Ada yang memberi respons positif dengan meningkatkan pengambilan pekerja dan mengembangkan bakat setempat, kata Encik Lim.



Secara keseluruhan, firma-firma ini menggajikan lebih 800 profesional, pengurus dan eksekutif sejak diletakkan di senarai pantau. Mereka yang terus berusaha membaikinya secara beransur-ansur dikeluarkan daripada senarai, katanya.



"Saya ingin tekankan bahawa sebahagian besar majikan melayan pekerja setempat dengan adil. Kami harap tindakan kami terhadap majikan yang tidak adil akan membantu membentuk semula minda terhadap pekerja setempat-asing menjadi lebih baik."



Encik Lim turut berkongsi rancangan untuk membangunkan majikan lebih progresif di Singapura.



Program Perkongsian Modal Insan, yang bertujuan mengembangkan daya saing dengan melabur dalam pembangunan kakitangan, telah dilancarkan awal bulan ini dengan 74 majikan yang menggaji kira-kira 100,000 rakyat Singapura merentasi pelbagai industri.



Mereka berkongsi tiga jenis komitmen, kata Encik Lim: mengukuhkan teras Singapura, merangsang hubungan saling melengkapi antara pekerja tempatan dan asing, dan mengukuhkan pemindahan pengetahuan bagi melatih eksekutif yang berpotensi menjadi eksekutif serantau dan global.



MOM kini akan melayan syarikat berdasarkan amalan pekerjaan mereka, katanya.



Rakan kongsi HCP akan diberi akses 'lorong cepat' bagi skim dan perkhidmatan pembangunan seperti SkillsFuture, dan akan mempunyai akses hotline MOM, manakala majoriti majikan yang adil akan berada di dalam "lorong biasa".



Mereka yang dalam senarai pantau Rangka Kerja Pertimbangan Adil kerana amalan sumber manusia yang adil akan berada di "lorong perlahan".



Walaupun tenaga kerja asing merupakan sebahagian daripada tenaga kerja Singapura, majikan perlu memberi pertimbangan yang adil merekrut dan membangunkan tenaga kerja setempat, katanya.



"Ini bukan sahaja perkara betul yang perlu dilakukan kepada warga kita, bahkan perkara betul bagi perniagaan berkembang lebih baik dalam ekonomi masa depan," kata beliau.



Warga asing mengisi satu pertiga daripada tenaga kerja hari ini, kata Encik Lim, dan nisbah ini akan berterusan kerana Singapura tidak berdaya mempunyai pekerja tempatan yang mencukupi, baik dari segi bilangan mahupun kepelbagaian kepakaran.



Terdapat kira-kira 1.2 juta pekerja asing sekarang, tidak termasuk pembantu rumah asing. Kira-kira 40 peratus pekerja asing bekerja di sektor intensif buruh seperti binaan.



Lagi 45 peratus melakukan kerja yang penduduk tempatan memilih melakukannya, seperti jurutera reka bentuk litar bersepadu.



Baki 15 peratus warga asing bekerja di ibu pejabat global di sini, katanya.



Ini, ujarnya, adalah satu rahmat bagi rakyat Singapura: terdapat sekitar tujuh penduduk tempatan bagi setiap tiga warga asing dalam segmen tenaga kerja. Ia memberi rakyat Singapura lebih banyak peluang didedahkan dengan fungsi pekerjaan baru, persekitaran kerja dan amalan terbaik global, kata Encik Lim.



"Secara keseluruhan, kebanyakan warga asing yang bekerja di Singapura melengkapi tenaga kerja setempatan, bukan menggantikan penduduk tempatan," kata beliau sambil menambah bahawa pandangan mengatakan pekerja asing merampas kerja rakyat setempat adalah kerana majikan di sektor tertentu tidak memberi pertimbangan yang adil dalam merekut dan membangunkan tenaga kerja setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >