Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Pemerintah akan kaji hukuman bagi pesalah seksual

Apr 03, 2017 | 03:12 PM



PESALAH yang melakukan kesalahan seksual terhadap budak bawah umur dijangka menghadapi hukuman lebih berat pada masa depan, dengan semakan terhadap undang-undang mengenainya sedang dijalankan.



Menyatakan demikian semasa sidang parlimen hari ini, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam berkata: " Secara peribadi, pandangan saya ialah ia adalah wajar untuk hukuman lebih berat yang dikenakan.



"Bagaimana ia akan dicapai, tentang bagaimana ia perlu dijadikan sebagai undang-undang, atau anda perlu melihat semula pemprosesan, dasar," ujarnya.



Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan Cik Tin Pei Ling (MacPherson) yang bertanya jika pemerintah akan menyemak undang-undang sedia ada bagi meningkatkan lagi hukuman bagi kesalahan seksual yang dilakukan terhadap budak bawah umur.



Semakan ini dibuat selepas seorang jurulatih seni pertahan diri, Joshua Robinson, pada bulan lalu dipenjara empat tahun kerana melakukan hubungan seks yang dipersetujui bersama dengan dua budak perempuan bawah umur selain menunjukkan gambar lucah kepada seorang budak perempuan berusia enam tahun, yang merupakan antara beberapa kesalahan yang dilakukannya.



Hukuman yang dijatuhkan ke atasnya dianggap ramai, termasuk peguam, sebagai ringan.



Encik Shanmugam memberitahu Dewan bahawa Pemerintah akan mengkaji sama ada untuk menambah undang-undang baru atau memperketatkan lagi sedia ada, sebagai sebahagian daripada semakan Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >