Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Pemerintah kaji sama ada akan teruskan rancangan skim kongsi basikal

Mar 08, 2017 | 02:36 PM



PEMERINTAH sedang menilai sama ada akan meneruskan atau tidak rancangan melancarkan skim perkongsian basikal negara menjelang akhir tahun ini, selepas syarikat-syarikat swasta menawarkan perkhidmatan serupa di sini baru-baru ini.



Menteri Pengangkutan Kedua Ng Chee Meng berkata demikian di Parlimen pada Rabu semasa menjawab soalan Encik Ang Hin Kee (GRC Ang Mo Kio) dan Encik Ang Wei Neng (GRC Jurong) yang bertanya apa kesan khidmat syarikat swasta itu berhubung skim kongsi basikal nasional yang dirancang.



Dalam dua bulan pertama tahun ini, dua syarikat - ofo dan Obike - menawarkan ribuan basikal di serata pulau untuk disewa.



Pengguna tidak perlu memulangkan basikal di stesen tetap - satu ciri standard skim kongsi-basikal di seluruh dunia. Pengguna membuka kunci basikal menggunakan telefon bimbit dan boleh memulangkan di mana-mana tempat letak basikal. Kedua-dua syarikat berkata mereka merancang mengembangkan khidmat itu.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) merancang melancarkan khidmat itu menjelang akhir tahun ini dengan kira-kira 2,330 basikal di Jurong Lake District, Marina Bay, Tampines dan Pasir Ris.



Skim LTA itu dijangka mengikut model kongsi-basikal tradisional, dengan pengguna perlu menyewa dan memulangkan basikal di lebih 210 stesen khusus.



LTA mengundang tender bagi skim pada tahun lepas.



Encik Ng memberitahu Dewan bahawa LTA sedang mengkaji dengan teliti.



"Kami akan menilai sama ada akan meneruskan rancangan kami, dan sama ada akan melanjutkan ke bandar lain seperti Ang Mo Kio... memandangkan ofo dan Obike sudah menyediakan khidmat mereka sendiri," kata Encik Ng.



Beliau berkata skim tawaran pihak swasta itu menawarkan kelebihan seperti kos prasarana lebih rendah dan lebih mudah, tetapi ada satu kekurangan iaitu potensi letak basikal sembarangan.



"Masih belum jelas sama ada sistem baru atau tradisional lebih baik bagi Singapura," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >