Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Perokok diberi subsidi bagi terapi penggantian nikotin

Mar 05, 2020 | 08:09 PM



PEROKOK yang layak dan berdaftar dalam program perintis berhenti merokok baru boleh mendapat subsidi penuh bagi terapi penggantian nikotin (NRT) untuk membantu menghentikan tabiat berbahaya itu.


Program perintis itu akan dilaksanakan di institusi penjagaan kesihatan awam seperti hospital, poliklinik dan pusat khusus nasional selepas mereka kembali ke operasi normal, yang akan bergantung kepada perkembangan Covid-19.


Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, memberi butiran itu di Parlimen semasa perbahasan belanjawan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (5 Mac).


Program itu bertujuan menjangkau ke sekitar 10,000 perokok, dan warga Singapura boleh meraih manfaat daripada sokongan kelakuan intensif, susulan sehingga satu tahun dan NRT selama tiga bulan.


Sekitar satu dalam 10 orang di Singapura merokok, dan tabiat itu dianggap sebagai salah satu faktor risiko terbesar bagi kesihatan yang tidak baik.


Kadar kejayaan bagi program berhenti merokok adalah antara 10 hingga 20 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >