Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Polis Trafik, LTA sedang kaji langkah bendung kenderaan berat pecut

Apr 05, 2016 | 03:06 PM



POLIS Trafik dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang mengkaji langkah-langkah bagi membendung perbuatan memecut pemandu kenderaan berat, dan perubahannya akan diumum lewat tahun ini.



Menteri Kanan Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Lee, berkata demikian di Parlimen pada Selasa (5 April), ketika menjawab soalan Encik Louis Ng (Nee Soon GRC).



Encik Ng bertanya apakah pemerintah akan menimbang meletak kaunter kelajuan, yang merakam setiap kali had laju diabai bagi tempoh lama, pada kenderaan berat.



Encik Lee memberitahu Dewan undang-undang mewajibkan alat pengehad kelajuan dipasang pada kenderaan barangan yang berat berisi muatan maksimumnya melebihi 12 tan, dan pada kenderaan perkhidmatan awam melebihi 10 tan.



Alat itu mengehadkan kelajuan maksimum pada 60 kilometer sejam.



Pemilik kenderaan juga dikehendaki menghantar kenderaan mereka menjalani pemeriksaan tahunan bagi memastikan alat tersebut berfungsi. Kenderaan yang ditangkap memecut, dikenakan pemeriksaan tambahan wajib.



Selain itu, mereka yang didapati menyalah guna alat pengehad kelajuan boleh didenda hingga $1,000 atau dipenjara hingga tiga bulan.



Encik Lee juga berkata hukuman buat masa ini termasuk denda antara $160 hingga $200 dan empat hingga lapan mata demerit jika melebihi had laju sebanyak 40 kilometer sejam.



Mereka yang melebihi had laju lebih 40 kilometer sejam akan didakwa di mahkamah dan diberi 12 hingga 24 mata demerit.



Mengenai cadangan Encik Ng agar kaunter kelajuan serupa yang dipasang pada kenderaan tentera dipasang pada kenderaan berat, Encik Lee berkata kementeriannya akan menimbangkan cadangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >