Parlimen: Prosiding jenayah ‘hampir pasti’ selepas kematian anggota Perkhidmatan Negara SCDF

PROSIDING jenayah ‘hampir pasti’ dijalankan selepas kematian anggota Perkhidmatan Negara (NS) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Koperal Kok Yen Chin. 

Berucap dalam parlimen hari ini, Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-undang Encik K Shanmugam berkata: “Pejabat Peguam Negara (AGC) memberitahu saya perkara tersebut. Berdasarkan fatka-fakta itu, saya juga berfikir sedemikian. Ini perlu didakwa di mahkamah.” 

Beliau menambah bahawa SCDF dan agensi Home Team sedang menyemak peraturan dan akan menetapkan langkah-langkah untuk membanteras aktiviti ‘ragging’ atau kelakuan yang tidak dibenarkan. 

Merujuk kepada kes Koperal Kok, Encik Shanmugam berkata: “Ini kelakuan yang tidak boleh diterima. Ia melanggar peraturan secara jelas dan serius. Tiada alasan boleh diberikan.” 

Koperal Kok, 22 tahun, meninggal dunia selepas melalui beberapa aktiviti ‘ragging’, ini termasuk untuk memasuki perigi pam Balai Bomba Tuas View, di mana beliau ditemui tidak menyedarkan diri. 

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:09
Asar
4:25
Maghrib
7:13
Isyak
8:23
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.