Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Rasional kenaikan GST tidak terjejas oleh hasil HSR

Jul 09, 2018 | 03:16 PM



RASIONAL bagi kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak terjejas oleh hasil projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, kata Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Ini kerana kenaikan yang dirancang itu tidak bertujuan menampung pelaburan besar dalam prasarana, katanya.



Beliau berkata demikian di Parlimen hari ini (9 Julai) bagi menjawab pertanyaan Encik Pritam Singh (GRC Aljunied) yang ingin tahu tentang kemungkinan kesan pembatalan projek HSR itu pada rancangan pemerintah Singapura untuk menaikkan GST daripada 7 kepada 9 peratus antara 2021 dengan 2025.



Menurut Encik Wong, anatara sebab utama yang mendorong peningkatan dalam perbelanjaan pemerintah kebelakangan ini dan pada masa akan datang ialah penjagaan kesihatan, keselamatan dan perbelanjaan sosial.



Perbelanjaan bagi penjagaan kesihatan khususnya dijangka melambung pada masa akan datang akibat penduduk yang menua dengan pesat.



Oleh itu, Singapura harus menambah pendapatannya – dan salah satu komponennya ialah kenaikan GST yang dirancang itu – bagi membiayai keperluan itu.



“Ini adalah cara yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap generasi membiayai perbelanjaannya sendiri dengan cara yang berdaya tahan,” kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >