Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Saranan ambil langkah keselamatan lebih ketat bagi acara besar

Mar 09, 2017 | 02:38 PM



PENGANJUR acara perlu mengambil langkah-langkah keselamatan lebih ketat bagi acara awam yang menarik kehadiran lebih 5,000 orang pada satu-satu masa.



Langkah itu termasuk meletakkan pengadang, menugaskan pegawai keselamatan dan menjalankan pemeriksaan beg mereka yang hadir, dalam rangka ancaman pengganasan yang semakin meningkat.



Keperluan itu adalah sebahagian daripada pindaan Akta Ketenteraman Awam yang dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Lee pada Khamis (9 Mac).



Di bawah pindaan itu, penganjur acara mesti memberitahu polis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum acara dijalankan jika mereka menjangka kehadiran orang seramai itu.



Contoh acara itu acara besar sukan, perlawanan bola sepak, konsert, dan sambutan Malam Tahun Baru.



Polis kemudian akan memutuskan jika acara itu perlu diisytiharkan 'acara khas', selepas menilai risiko serangan ganas atau insiden ketenteraman awam, kata Kementerian Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan pada Khamis.



"Polis akan mengeluarkan arahan kepada pihak penganjur acara untuk memastikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai diambil," kata kementerian itu.



Acara peribadi - melalui jemputan sahaja - yang menarik 10,000 orang juga akan tertakluk pada peraturan itu.



Acara yang mungkin tidak menarik orang seramai itu, tetapi dianggap berisiko tinggi menghadap serangan pengganas atau insiden ketenteraman awam, juga akan diisytiharkan acara-acara khas, berdasarkan penilaian polis, kata kementerian itu.



Jika pindaan Akta itu diluluskan, penganjur acara yang tidak melaksanakan langkah-langkah keselamatan dianggap melakukan suatu kesalahan.



Dalam senario serupa ini, polis boleh campur tangan mengambil langkah-langkah keselamatan tempat yang difikirkannya perlu, dan mendapatkan semula kos daripada pihak penganjur.



Akta juga sedang dipinda untuk memberi Pesuruhjaya Polis kuasa menolak permohonan bagi perhimpunan awam dan perarakan yang melibatkan warga asing menggunakan acara bagi kepentingan politik.



"Ini akan membantu mencegah Singapura daripada digunakan sebagai wadah oleh warga asing mencapai tujuan politik," kata kementerian itu.



MHA membayangkan rancangan meminda undang-undang bagi meningkatkan keselamatan di acara-acara awam berskala besar di Parlimen minggu lalu.



Semasa membahaskan bajet kementerian itu, Encik Lee berkata pemerintah akan mengambil langkah-langkah yang akan "memerlukan perniagaan mengambil langkah-langkah perlindungan terhadap ancaman keselamatan".



Pihaknya sedar tentang kesan undang-undang itu ke atas perniagaan dan akan mengambil 'pendekatan praktikal' untuk menjaga kos.



Namun beliau menegaskan bahawa pengganaslah yang menimpakan kos ke atas seluruh masyarakat, dan sedang pemerintah menanggungnya setakat ini, masyarakat terpaksa membantu.



"Kami harap komuniti perniagaan memahami bahawa langkah-langkah perlu sebagai usaha bersama untuk menjaga keselamatan Singapura dan rakyat Singapura," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >