Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insiden banjir di terowong SMRT

Parlimen: Sebahagian pam di terowong Kembangan dan Lavender didapati tidak boleh digunakan

Nov 07, 2017 | 04:19 PM



Pam di kolah takungan di dua lagi kawasan di rangkaian keretapi SMRT didapati tidak berada dalam 'keadaan yang boleh digunakan', menyusuli insiden banjir dalam terowong yag disebabkan pam yang rosak di Bishan.



Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata di Parlimen pada Selasa (7 November) bahawa perkara ini dikesan melalui pemeriksaan SMRT.



Dua daripada lapan pam di pembukaan terowong di Kembangan; dan tiga daripada empat pam di Lavender didapati tidak berfungsi dengan betul, kata Encik Khaw.



Pam itu, yang membantu menyalurkan air hujan yang dikumpulkan dalam kolah takungan ke longkang, didapati dalam keadaan yang boleh digunakan di dua lagi pembukaan terowong - di Redhill dan Changi.



Kegagalan staf SMRT menyenggara pam di Bishan menyebabkan banjir berlaku di terowong MRT pada 7 Oktober, menjejas suku juta penumpang dan menjejas khidmat keretapi selama 20 jam. Siasatan SMRT menunjukkan staf yang bertanggungjawab melakukan penyenggaraan telah memalsukan rekod penyenggaraan sejak Disember 2016.



Semasa menyampaikan kenyataan menteri tentang insiden itu di Parlimen, Encik Khaw berkata SMRT sedang menyiasat pasukan yang relevan dari kumpuan penyenggaraan Bangunan dan Prasarana yang bertanggungjawab ke atas pam di Kembangan dan Lavender.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >