Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Sebarang menteri yang dituduh berkelakuan tidak wajar perlu bersihkan nama di mata awam, kata PM Lee Hsien Loong

Aug 01, 2017 | 09:26 PM



MANA-MANA menteri yang dituduh berkelakuan tidak wajar harus membersihkan namanya di mata awam, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Beliau tidak boleh membiarkan dakwaan itu tersebar dan menjejas reputasi pemerintah, kata Encik Lee dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen yang diajukan Encik Chen Show Mao (GRC Aljunied).

Dalam jawapannya itu, PM Lee turut menyatakan garis panduan dan cara penjawat politik harus menangani dakwaan terhadap mereka di mata awam.

"Jika ia dakwaan yang serius, saya menjangkakan menteri itu mengambil tindakan di mahkamah bagi fitnah, kecuali terdapat pertimbangan istimewa lain," kata Encik Lee.

Menteri itu juga perlu menjelaskan perkara tersebut di Parlimen, terutamanya jika perkara itu berkaitan dengan tugas awamnya dan kepentingan awam.

"Ini bukan pilihan yang saling eksklusif. Dalam semua kes, mesti ada kebertanggungjawaban awam," katanya.

Encik Chen bertanya mengenai keadaan yang memerlukan seorang menteri atau penyandang jawatan politik mempertahankan reputasinya dalam kapasiti rasminya di mahkamah, atau mengelakkan tindakan mahkamah dan menangani tuduhan itu secara terbuka, seperti di Parlimen.

PM Lee berkata beliau telah menangani isu ini melalui kenyataan menteri yang disampaikannya di Parlimen pada 3 Julai lalu.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada dakwaan daripada adik-beradiknya. Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling telah menunduh PM lee menyalah guna kuasa dan mengadang perobohan rumah keluarga di 38 Oxley Road, selepas ayah mereka meninggal dunia, mantan Perdana Menteri Pengasas Encik Lee Kuan Yew.

Pada ketika itu, PM Lee berkata:

"Dalam keadaan biasa, saya tentunya akan mengeluarkan saman, kerana tuduhan menyalah guna kuasa begitu serius. Namun mengeluarkan saman ke atas adik lelaki dan adik perempuan sendiri di mahkamah akan terus merosakkan nama ibu bapa kami.

PM Lee juga berkata beliau tidak menggunakan hak undang-undang penuh yang dimilikinya, kerana keutamaan beliau adalah supaya pertelingkahan keluarga ini diselesaikan secara privet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >