Parlimen setuju dapatan kelemahan serius dalam urus tadbir AHPETC
WP setuju dengan laporan AGO, namun sikap parti dipersoal. Parti diminta adakan siasatan forensik; dan bertanggungjawab atas 'kehilangan' wang penduduk dan dana awam
Feb 14, 2015 | 05:30 AM
PARLIMEN semalam sebulat suara menyokong dapatan Pejabat Auditor Negara (AGO) yang mendapati kelemahan dalam urus tadbir dan kewangan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC).
Usul tersebut disokong oleh semua Anggota Parlimen, termasuk dari Parti Pekerja (WP) yang bertanggungjawab menguruskan majlis bandaran tersebut.