Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen sidang Isnin untuk bahas Belanjawan

Feb 26, 2022 | 05:30 AM



PARLIMEN dijangka bersidang selama sekitar dua minggu mulai Isnin untuk membahaskan Belanjawan 2022 bagi tahun kewangan baru ini, sedang Singapura mengambil langkah untuk keluar lebih kukuh dalam ekonomi pasca-Covid-19.



Kenaikan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST), skim untuk mengurangkan tamparan cukai yang lebih tinggi dan semakan kepada dasar pekerja asing akan menjadi antara topik untuk perbincangan dan penelitian semasa perbahasan Belanjawan nanti.



Bertemakan 'Melakar Hala Tuju Baru Kita Bersama', Belanjawan tahun ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, di Parlimen pada Jumaat lalu.



Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang), dalam ucapannya kelak akan menyeru peningkatan akses kepada peluang bimbingan, terutamanya bagi para belia, dan untuk meningkatkan mobiliti sosial.



Beliau berkata "memperkukuh kompak sosial Singapura" adalah tema yang menjadikan Belanjawan tahun ini penting.



Rakan Anggota Parlimen (AP) bagi kawasan GRC yang sama, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, juga akan bercakap mengenai perkara ini, dan beliau bakal mencadangkan tiga cara bagaimana kompak ini boleh diperkukuhkan.



Memperbaiki cara Singapura mengambil berat terhadap antara satu sama lain adalah perkara yang menjadi tumpuan Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon) dalam ucapannya, yang akan menyentuh tentang "apa yang perlu kami lakukan untuk membantu kesejahteraan mental pekerja penjagaan dan pengasuh".



Pada Rabu ini, iaitu hari ketiga persidangan, Encik Wong akan menjawab komen dan kebimbangan Anggota Parlimen (AP) sebelum Parlimen mengundi Belanjawan yang telah dibentangkan.



Setiap Menteri kemudiannya akan membentangkan belanjawan kementerian masing-masing, dan AP akan meneliti dan mengulas rancangan perbelanjaan mereka.



Perbahasan Belanjawan ini berakhir pada 10 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >